Ikan Tilan | Jika korang dapat ikan yang kelihatan mirip belut, pendek daripada belut dan kulit berbatik seperti ular sawa batik itu kemungkinan ikan tilan.
Ada juga spesis ular yang juga tidak terlalu panjang jangan pula disangka ikan tilan. Ikan tilan boleh dimakan sepeti ikan ikan lain dan boleh dimasak pelbagai cara.
Dimana Ikan Tilan Biasa Ditemui?
Berdasarkan pengalaman, ikan tilan saya pernah dapat di dalam parit tali air tepi sawah padi. Ikan tilan juga ada yang panggil sebagai ikan tili. Rupanya ada nama kampung Tilan yang terletak di Kuala Lipis Pahang. Tidak dapat dipastikan samada ikan tilan dipanggil sempena nama kampung atau nama kampung tilan diambil dari nama ikan tilan.
Umpan Ikan Tilan
Menurut sumber, ikan tilan boleh dipancing menggunakan umpan cacing dan juga udang. Semasa saya dapat ikan tilan dahulu saya gunakan umpan cacing. Memang tak sangka dapat ikan tilan kerana sebelum itu saya tidak pernah dengar dan tak pernah tahu tentang ikan tilan.
Selama ini saya selalu dapat ikan puyu, ikan seluang, ikan terbol bila memancing di parit tali air, jika nasib baik boleh dapat ikan selat dan ikan haruan. Tak sangka wujud juga ikan spesis belut yang berbatik seperti ular sawa.
Cara menyian ikan tilan juga tidak susah, ikan tilan tiada sikit seperti ikan darat(ikan sungai) lain. Biasa saya potong kepala buang perut dan cucu hingga bersih. Potong jadikan 2 atau 3 bahagian bergantung saiz ikan.
Cara memasak juga sama seperti ikan lain, boleh juga goreng, gulai lemak, masak merah dan lainĀ². Sebenarnya ia lebih mirip belut, jadi rasanya tak salah kalau nak buat sup ikan tilan. Cuma bahagian atas badan ikan tilan terdapat sirip yang sangat tajam, mungkin cuma itu perbezaan ikan tilan dengan belut.
Menurut sumber yang diperoleh dari website lain, terdapat beberapa jenis atau spesis ikan tilan. Ada jenis ikan tilan bara, yang warnanya kehitaman dan seperti ada jalur merah pada kulit nampak seperi arang yang membara.
Saya cuba google untuk dapatkan nama saintifik ikan tilan, beberapa nama yang dijumpai antaranya Mastacembelus erythrotaenia. Nama panggilan lain ikan tilan yang ditemui antaranya belut zig-zag, belut berduri marmar, belut berduri bersirip sinar, belut berduri harimau bintang, belut berduri berbintik putih, dan belut berduri trek tayar.
Dilihat pada nama nama panggilan tersebut jelas menggambarkan ikan tilan ini seperti belut tetapi berduri seperti ikan lain. Kalau tak silap tulangnya juga seperti tulang belut yang mempunyai tiga cabang.
Kredit : wikipedia, umpan, animhosnan