Mimpi Gigi Tercabut Petanda Apakah ?

Mimpi Gigi Tercabut | Dalam banyak banyak mimpi inilah mimpi yang ditakuti ramai kerana ada tafsiran yang menakutkan. Namun adakah betul petanda dari mimpi gigi tercabut, gigi patah, gigi tertanggal, gigi atas ,gigi bawah, gigi taring, gigi geraham yang disebar sejak dulu lagi berkait dengan kematian??

Nak bincang pasal ini perlu tanya pentafsir mimpi jika ada atau boleh tanya ustaz ustaz untuk elak dari tersalah pemahaman hingga taksub dan terpesong.

Maksud Mimpi Gigi Tercabut

Samada mimpi gigi patah, gigi tercabut atau tertanggal menurut tafsir yang sering dipakai ialah akan berlaku kematian, kehilangan orang terdekat. Namun, gigi manakah yang patah itu?

Ada yang cakap jika patah atau tertanggal gigi atas bermaksud saudara atas samada mak, ayah, abang, atok, nenek, pak sedare, mak sedare macam itu la lebih kurang. Manakala jika mimpi gigi bawah tercabut pula melibatkan anak, cucu dan lainĀ² saudara bawah.

Tapi sejauh mana kepercayaan ini boleh kita pegang atau percaya? Dengar sendiri pandangan dari ustaz ustaz berkenaan tafsiran mimpi ini.

Kata Ustaz Abdul Somad mimpi ini ada 3 antaranya :-

  1. ILHAM dari Allah swt yang dihantar oleh malaikat.
  2. Bisikan syaitan, jangan lupa baca doa sebelun tidur Bismika Allahhumma ahya wa amut kemudian baca 3 qul. Buat solat witir sebelum tidur adalah lebih baik agar tidak diganggu syaitan.
  3. Proses berfikir disiang hari yang tidak selesai hingga terbawa kedalam tidur.

Penjelasan dari Ustaz Muhaizad berkaitan maksud mimpi gigi tercabut.

Seharusnya kita tidak perlu serabutkan kepala berkenaan mimpi yang berlaku semasa tidur kerana ini akan mengganggu pemikiran kita. Mimpi tidak semestinya akan berlaku seperti yang ditafsirkan kerana petanda sesuatu kejadian tidak semestinya akan berlaku.

Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus juga cukup kemas berkenaan tafsiran mimpi. Katanya mimpi ibarat petanda, namun tidak semestinya ia akan berlaku. Sebagai contoh yang selalu berlaku apabila cuaca gelap merupakan petanda nak hujan tetapi tidak semestinya hujan.

Cuma kebiasaan jika awan gelap kemungkinan akan hujan kerana selalunya akan terjadi seperti itu. Namun pernah tak langit kelihatan gelap seperti nak hujan tetapi hujan tidak turun juga dan langit kembali cerah semula.

Situasi ini menunjukkan petanda gelap itu hanyalah petanda akan turunnya hujan tetapi tidak semestinya mesti turun hujan. Jelas disini bahawa kita tidak ada jawapan untuk setiap sesuatu petanda itu sehingga ia benar benar berlaku.

Arti Mimpi Gigi Lepas Buya Yahya

Namun ada kisah kisah dahulu mengenai tafsiran mimpi, dan petanda dari mimpi tersebut benar benar berlaku. Perkongsian dibawah untuk rujukan berdasarkan kisah zaman nabi Allah yusuf.

Pernah dengar kisah Nabi Yusuf ketika kecil bermimpi 11 bintang, matahari dan bulan sujud kepadanya. Jawapan kepada mimpi tersebut ada didalam video dibawah yang disampaikan oleh Ustaz Muhaizad Al Yamani, tonton sampai habis.

Surah Yusuf Ayat 4sulsel.pikiran-rakyat.com

maksud mimpi gigi patah

mimpi gigi tercabut

Tafsir mimpi Ibnu Sirin sangat popular sejak dulu lagi, banyak buku tafsir mimpi Ibnu Sirin yang diterbitkan namun yang mana patut dijadikan rujukan ? Kerana kita tidak pasti sumber yang diperoleh oleh penulis dalam mengarang buku tersebut, samada dari sumber yang betul atau tidak.

Apa pun ada satu kitab tafsir mimpi Ibnu Sirin yang disyorkan oleh seorang ustaz dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad. Beliau ada mengatakan kitab yang bagus untuk mimpi namanya Tafsir Ahlam yang mana penulisnya Ibnu Sirin.

Melalui pencarian tentang Ibnu Sirin, biografi atau profil beliau menceritakan bahawa Muhammad Ibn Sirin dilahirkan di Basra, Iraq. Kelahirannya 33 tahun selepas Muhammad meninggalkan Makkah ke Madinah ketika itu. “Sumber ini tidak dipastikan kesahihannya

Jika sumber ini sahih bermakna zaman Ibnu Sirin sudah lama dan jika ada kita sekarang versi baru lagiĀ² cetakan berkomputer jelas sekali bukanlah dari penulisan Ibnu Sirin sendiri. Jadi hanya untuk rujukan mungkin boleh diambil jika ia mendatangkan kebaikan.

Apa yang saya kurang faham, kenapa ramai yang memanggilnya sebagai Ibnu Sirin? sedangkan jika diterjemah maksud Ibnu ialah anak laki laki, dan jelas sekali Sirin adalah ayahnya. Ya, nama sebenarnya ialah Muhammad Ibnu Sirin @Muhammad Bin Sirin.

Keperibadian Ibnu Sirin sangat disegani banyak orang terutama pada zamannya, namun begitu beliau tetap merendah diri. Selain daripada kelebihan yang dimilikinya dalam mentafsir mimpi, beliau seorang hamba Allah yang taat dan sangat takut membuat kesilapan(dosa).

Selain itu, Muhammad Bin Sirin sangat menjaga adab dan pertuturan apabila dengan ibu nya. Malah ada yang mendakwa melihat Ibnu Sirin seperti seorang yang sakit(tidak bermaya) apabila bercakap dengan ibunya.

Mimpi Gigi Patah Menurut Islam Tafsir Ibnu Sirin

Saya risau untuk membahas mengenai tafsiran mimpi menurut Ibnu Sirin kerana bimbang jika jawapan tersebut sudah ditokok tambah oleh orang orang dan bukannya tepat seperti yang ditafsir Muhammad Bin Sirin.

Jadi nasihat saya kepada sahabat semua, cuba faham apa yang diperkatakan oleh Buya Yahya dalam video diatas. Seterusnya, pada pandangan saya alam mimpi jangan di samakan dengan alam nyata, biarkan mimpi dengan mimpi. Jangan kerana mimpi, kita jadi lalai dalam mengerjakan amal ibadat kepada Allah SWT.

Credit to : kisahmuslim, wikipedia, surah.my, foto

Leave a Comment