Asal Usul Selipar Jepun

Banyak benda penting yang menjadi keperluan bagi setiap orang, salah satunya selipar. Selipar ni banyak jasanya kepada kita, dia memberi perlindungan dan keselesaan kepada tapak kaki kita kemana sahaja kita pergi.

Dalam banyak-bnyak selipar, ada satu jenis selipar yang paling dikenali iaitu selipar jepun. Hampir setiap orang pernah memiliki selipar jepun. Tapi masih ramai belum tahu yang sebetulnya asal usul selipar jepun.

Cerita Asal Usul Selipar Jepun

Selipar Jepun adalah sejenis sandal jepit yang didakwa berasal dari negara Jepun. Di Jepun, pada asalnya selipar seperti ini dikenali dengan panggilan Zori, iaitu sandal yang diperbuat dari jerami. Ye la dulu-dulu belum ada mesin-mesin berteknologi untuk buat selipar, semua kena buat manual dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Sekitar tahun 1603-1867 di Edo(sekarang Tokyo), pengeluaran Zori menjadi profesional dengan pelbagai jenis zori muncul dari pelbagai bahan dan lebih menonjol. Walaupun pada masa itu zori dari jerami masih dihasilkan.

Di Amerika Syarikat, selipar jepun dikenali dengan “flip-flop“. Setelah perang dunia kedua, tentera mereka pulang di Jepun dengan membawa Zori dan ia semakin terkenal bermula tahun 1960-an.

Dari salah satu sumber mengatakan, selipar jepun ini telah wujud sejak dulu lagi. Ia berasal dari zaman Mesir kuno tahun 1500 SM. Namun tidak dapat dipastikan rupa bentuk asal selipar tersebut. Tetapi di Malaysia, ia tetap popular dengan panggilan selipar jepun.

Hingga ke hari ini, selipar jepun masih lagi laris dan mempunyai banyak permintaan dipasaran. Pelbagai bentuk-bentuk baru yang diperbuat dari pebagai bahan dan sumber.

Kredit: wikipedia, bertangkai

1 thought on “Asal Usul Selipar Jepun”

Leave a Comment