Berniaga Modal Rendah | Keadaan ekonomi sekarang yang kurang stabil, ramai yang kehilangan kerja, hilang punca pendapatan, ada yang baru nak mula berniaga tetapi kekurangan modal dan pelbagai lagi kesukaran lain yang sedang dan bakal kita hadapi.
Bagi mereka yang nak mula berniaga dan kekurangan modal saya sarankan untuk mulakan dengan bisnes perkhidmatan. Ya, perkhidmatan memerlukan kemahiran, rasanya semua orang ada kelebihan dan kemahiran tersendiri. Jika tiada idea sekalipun masih belum terlambat untuk belajar dan seterusnya mulakan segera.
Contoh perniagaan perkhidmatan seperti baiki kereta, baiki alat elektronik, jahitan, jurusolek dan bermacam lagi. Sekarang ni semua dihujung jari, buka youtube macam-macam boleh belajar. Daripada buang masa tengok video-video tak penting lebih baik tengok sesuatu yang meningkatkan pengetahuan atau belajar sesuatu.
Berniaga Modal Rendah
Perkongsian kali ini juga melibatkan saya sendiri yang berada dalam situasi sama dan ingin mulakan perniagaan. Memandangkan modal yang agak kecil untuk mulakan perniagaan yang diidamkan iaitu ingin membuka perniagaan kedai serbaneka, kini terpaksa mencari perniagaan lain dahulu yang tidak memerlukan modal yang besar iaitu bidang perkhidmatan.
Saya memilih jahitan, iaitu bisnes jeans repair yang akan saya mulakan dalam masa terdekat. Bisnes ini secara asasnya hanya memerlukan 2 buah mesih jahit yang mana harga kedua-dua mesin ini sekitar 3ribu sahaja untuk yang terpakai. Sebuah mesin jahit lurus industri dan sebuah lagi mesin jahit tepi industri.
Saya memilih jenis mesin industri kerana ia lebih lasak dan jahitannya lebih kemas, cepat dan sesuai untuk pelbagai jenis kain. Memandangkan saya ada sedikit kebolehan asas dalam jahitan belajar dari mak, mak tukang jahit jadi saya ada juga belajar menjahit sambil tolong mak suatu masa dulu.
Baca Juga:
>>Rahsia Perniagaan Santan Segar Laris
>>3 Jenis Mesin Untuk Memulakan Perniagaan Santan Kelapa
Bisnes perkhidmatan jahitan ini boleh buat dirumah sahaja, mungkin boleh mulakan dengan menjahit baju sendiri dan seterusnya orang terdekat, lama kelamaan orang mula kenal dan mula mendapat tempahan. Bisnes ini boleh jadi besar, boleh buka kedai jahit dan boleh ada pekerja sendiri jika tempahan semakin banyak. Ramai mereka diluar sana yang ada ilmu jahitan dan memerlukan kerja.
Bukan sahaja jahitan, banyak lagi perniagaan lain jenis perkhidmatan yang boleh dimulakan dengan modal rendah, dan ada juga yang tidak memerlukan modal. Sebagai contoh bidang penulisan, ambil upah menulis artikel atau bidang design logo, banner dan lain-lain.
Sebenarnya, berniaga modal rendah lebih selamat, risiko semestinya rendah dan perniagaan boleh juga jadi besar jika diusahakan dengan betul dan bersungguh-sungguh.