Bintik Bintik Di Lengan Tidak Gatal | Sebelum ni saya sangka ia gigitan nyamuk tapi yang peliknya kenapa selalu sangat dibahagian belakang lengan. Sampai satu tahap merebak pula ke bahagian paha, banyak pulak tu.
Sekali tengok bintik-bintik dilengan seperti jerawat kecil yang baru tumbuh, atau macam kulit ayam(chicken skin). Kadang kadang datang rasa risau juga kalau kalau disebabkan oleh penyakit tertentu.
Kerana bintik bintik pada kulit boleh terjadi disebabkan beberapa jenis penyakit seperti demam denggi, HIV, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis, kanser limfoma, SLE dan lainĀ² penyakit.
Keadaan ini menyebabkan saya semakin risau dan terus membuat carian di google. Akhirnya jumpa perkataan Keratosis Pilaris iaitu keadaan dimana bintik bintik ini muncul terutama dibahagian lengan dan paha.
Bintik Keratosis Pilaris Pada Wajah
Penyebab Keratosis Pilaris
Keratosis Pilaris iaitu bintik yang tumbuh hasil dari keratin yang tersumbat. Proses keratinisasi yang tidak normal pada lapisan bahagian atas folikel rambut, yang dikenali sebagai infundibulum folikel menyebabkan berlakunya bintik keratosis pilaris.
Rupanya keadaan ini adalah perkara biasa dan bukanlah dari penyakit serius. Namun, jangan ambil ringan jika belum pasti jenis bintik yang anda alami kerana boleh jadi disebabkan hal lain.
Penyebab Keratosis Pilaris Menurut Hellosehat
Penyebab utama keratosis pilaris adalah keratin yang tumbuh secara berlebihan. Keratin merupakan protein keras yang bertugas untuk melindungi kulit dari zat berbahaya dan infeksi. Ketika penumpukan terjadi, gumpalan akan terbentuk hingga menghambat pembukaan folikel rambut atau pori-pori. Penumpukan inilah yang kemudian membuat permukaan kulit tidak rata akibat munculnya benjolan kecil yang kering dan kasar.
Cara Merawat Keratosis Pilaris
Terdapat beberapa cara untuk merawat keratosis pilaris seperti perkongsian yang saya dapati dari sumberĀ². Dua cara ini paling senang untuk dibuat, pertama menggunakan air hangat dan kedua menggunakan krim.
Berendam dalam air hangat akan bantu meregangkan pori pori kulit, jika dirumah ada heater shower lagi senang. Macam tempat saya memang tak jauh dari kolam air panas, pernah beberapa kali pergi berendam kat situ tapi masa tu bukanlah bertujuan untuk merawat keratosis pilaris.
Untuk krim pula, boleh cari krim pelembap atau krim untuk buang sel sel kulit mati atau juga krim untuk mencegah sumbatan pada folikel.
Apa apa pun jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mereka lebih arif dan boleh minta nasihat lain seperti mengenali makanan yang menyebabkan keratosis pilaris jika berkaitan. Mungkin juga terdapat rawatan khusus yang lebih cepat seperti menggunakan laser dan sebagainya.
Credit to : hellosehat & pcds