Biodata Pemain Bola Sepak Faisal Abdul Halim Peserta Program Realiti Mencari Ramli

Nama sebenar Muhammad Faisal Bin Abdul Halim lahir pada 7 Januari 1998, berasal dari Mengkuang Titi Seberang Perai Pulau Pinang. Merupakan seorang pemain bola muda berumur 23 tahun pada tahun 2021.

Menurut sumber, Faisal memulakan karier dengan menyarung jersi Penang U-19 pada 2015. Kelincahan pemain ini mendapat kepercayaan jurulatih hingga diserap ke skuad senior Penang FC pada tahun yang sama.

Seterusnya beliau bersama pasukang Sri Pahang mula tahun 2016 hingga 2020. Kini Faisal A Halim atau gelaran Mickey bersama skuad Terengganu FC TFC setelah menandatangani kontrak 2 tahun dan akan beraksi sehingga tamat 2022.

Faisal pada mulanya menyertai Soccer Kids dan seterusnya menyertai program realiti Mencari Ramli sebelum menyarung jersi sebagai pemain bolasepak penang U-19. Kegigihan beliau ternyata membuahkan hasil, kini dianggap pemain profesional. Mula bermain untuk pasukan Malaysia sejak 2016 kategori bawah 21 tahun.

Faisal Abd Halim Semasa Dalam Program Realiti Mencari Ramli

Bekas pelajar Sekolah Menengah Mutiara Impian, Pulau Pinang bertubuh kecil tetapi mempunyai skill yang hebat. Namanya kembali disebut-sebut sejak menyarung jersi Terengganu FC setelah berjaya menjaringkan beberapa gol termasuk yang terbaru 1 gol semasa menentang Sarawak FC pusingan suku akhir Piala Malaysia malam tadi.

Sumber: bharian, wikipedia, fb, obsesbola

Leave a Comment