Nama sebenar Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly, terkenal dengan Mohamed Salah dan dengan panggilan ringkas oleh peminat “Mo Salah”. Lahir pada 15 jun tahun 1992 di Nagrig, Basyoun, Egypt[Mesir].
Seorang yang merendah diri dan berpegang teguh kepada agamanya [Islam]. Dengan ketinggian 1.75m bersamaan 5 kaki 9 inci, bermain di posisi penyerang.
Mo Salah bermain untuk pasukan kebangsaan Mesir dengan cemerlang dan berjaya memasuki Piala Dunia B-20 FIFA 2011 dan SUkan Olimpik Musim Panas 2012 yang juga dikenali dengan London 2012 yang berlangsung di United Kingdom.
Beliau mendapat pelbagai anugerah sebagai pemain terbaik, pemain harapan pada awal kariernya sebelum menyertai Chelsea dan Liverpool Liga Perdana Inggeris. Bakatnya telah diperhatikan dari awal oleh kelab-kelab gergasi dan hanya menunggu masa untuk disambar.
Beliau bersama kelab dari Switzerland, FC Barcel dan telah memenangi Piala Super Swiss pada musim pertama bersama Kelab tersebut iaitu pada 2012.
Sedikit Latar Belakang Permulaan Mohamed Salah Dalam Arena Bolasepak
Pada usia 12 tahun, bapa Salah melihat potensi dalam diri anaknya dan mendaftarkannya dengan pasukan tempatan Ittihad Basyoun. Sebelum itu, Mo Salah pada usia muda telah mempamerkan kakinya bermain dengan abang-abangnya dan rakan-rakan mereka walaupun dia yang paling muda, namun tiada siapa yang boleh mendapatkan bola daripadanya.
Setelah dilihat potensi anak muda[Salah] tersebut, kelab Othmason Tanta mengambil Salah untuk pasukannya pada 2005.
Perpindahan Mo Salah Ke Chelsea
Pihak Basel bersetuju untuk menyerahkan Salah kepada kelab London tersebut pada jan 2014 setelah perbincangan dibuat. Dan perpindahan tersebut melibatkan harga sebanyak £11 juta.
Pada 26 Januari 2014, pihak Chelsea mengumumkan telah melengkapkan perpindahan dengan menandatangani Mohamed Salah, menjadikan Mo Salah sebagai pemain pertama Mesir ke kelab gergasi itu. Beliau telah menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea ketika menentang Arsenal walaupun pada ketika itu menjadi pemain gantian.
Kata-Kata Pengurus José Mourinho [Pengurus Chelsea ketika itu]
"Beliau muda, beliau laju, beliau kreatif, beliau bersemangat. Apabila kita menganalisis dia di padang, kita mendapati dia personaliti yang merendah diri di padang dan sentiasa bersedia untuk bermain untuk pasukan."
Dalam masa bersama Chelsea, Salah mendapat permintaan dari kelab lain seperti ACF Fiorentina,merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali dan Roma juga sebagai pinjaman sebelum tetap sebagai pemain kelab Roma.
Ada sumber mengatakan Kelab Fiorentina telah mengemukakan aduan kepada FIFA dengan mendakwa bahawa Chelsea menuduhnya melanggar kontrak kerana meminjamkan Mo Salah kepada Roma.[Maaf jika salah info]
Pelbagai kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Mohamed Salah sehingga diintai oleh kelab gergasi Liverpool FC. Salah bersetuju untuk bermain bersama Liverpool dengan menandatangan kontrak pada 2017. Kontrak tersebut dengan bayaran €42 juta dan boleh meningkat ke €50 juta.
Nama Mohamed Salah semakin memuncak setelah melakar pelbagai kejayaan semasa bersama Liverpool. Antara yang terkini pada 2021, Liverpool berjaya membenam kelab gergasi Manchester United [MU] 5-0 walaupun ketika itu MU mempunyai Cristiano Ronaldo.
Antara kejayaan terbesar Mo Salah bersama The Reds ialah dengan menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan dalam tiga musim berturut-turut.
Gaji Mohamed Salah 2021/2022 Di Liverpool FC
Mohamed Salah dibayar sebanyak £10,400,000 [Pound Sterling], jika ditukarkan kepada ringgit menjadi RM58106916.97. Jumlah ini adalah bayaran Kelab Liverpool FC kepada Mohamed Salah untuk satu tahun, dan melebihi gaji pemain muda Liverpool Trent Alexander-Arnold sebanyak £9,360,000. >>Sumber
Gaji tahunan pemain bolasepak eropah rata-rata mencecah puluhan juta, dan jumlah tersebut boleh berubah mengikut prestasi yang dipamerkan. Sehingga ada kelab-kelab eropah tidak mampu membayar gaji pemain mereka sehingga terpaksa dilepaskan kepada kelab yang lebih kaya.
Sumber: wikipedia, theanfieldwrap