Buka Akaun Bank Syarikat Di OCBC Hanya RM500 Deposit

Aktiviti jual beli secara online semakin rancak sejak kebelakangan ini, ditambah pula dengan situasi pandemik yang tidak menggalakkan orang keluar membeli belah. Shopee dan Lazada menjadi sasaran kaki shopping untuk mencuci mata.

Bagi penjual, lesen perniagaan syarikat suatu perkara penting yang wajib ada. Begitu juga dengan akaun bank syarikat, pengtingnya kena ada akaun bank syarikat walaupun perniagaan masih baru.

Banyak manfaat jika kita memiliki akaun bank syarikat antaranya, perniagaan kita akan kelihatan profesional jika guna nama syarikat untuk urusan transaksi. Contoh, “Alyssa Enterprise” atau “Alyssa sdn bhd”. Pembeli atau client lebih percaya untuk berurusan dengan penjual walaupun hanya sekadar didalam talian dan mereka tidak tahu walaupun bisnes kita hanya biasa-biasa.

Bagi yang berhajat untuk membuka akaun bank syarikat tetapi kekurangan modal dan tidak mahu bersesak-sesak ke bank, maka eloklah buka akaun bank syarikat di OCBC Bank. Di OCBC Bank, kita boleh memohon secara dalam talian (100%Online) tanpa perlu ke cawangan OCBC.

Jumlah deposit hanya RM500 dan sangat rendah jika dibandingkan dengan bank-bank lain yang memerlukan sekitar RM1000 hingga RM3000. Walaupun duit tersebut tidaklah hangus, boleh diambil semula sejurus selesai proses. Tetapi bagi mereka yang berniaga kecil-kecil dan kekurangan modal, jumlah tersebut cukup besar bagi mereka.

Hanya memerlukan beberapa kelayakan mudah antaranya, Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perniagaan yang dimiliki oleh Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR) sahaja. Mungkin ada syarat tambahan semasa mengisi borang nanti tetapi ianya sangat mudah.

Tekan Butang Apply Now Untuk Membuka Akaun Bank Syarikat Di OCBC Bank (Malaysia) Berhad

Sebagai contoh, jika berniaga melalui website, boleh je nak letak link whatsapp atau nombor telefon untuk pelanggan hubungi jika mereka berminat. Tetapi, penjual perlu melayan dulu setiap bakal pelanggan dan menjawab setiap persoalan sebelum mereka membuat pembelian.

Bakal pelanggan memang suka bertanya walaupun kita sudah terangkan dengan lengkap didalam website tersebut, sedangkan lebih mudah jika kita letak terus pautan pembayaran dan mereka tidak perlu hubungi kita untuk membuat pembelian. Mungkin korang tertanya-tanya apa kaitan dengan akaun bank syarikat?? Padahal sudah ada akaun bank personal.

Sebenarnya pelbagai platform yang wujud untuk memudahkan urusan transaksi antara penjual dan pembeli. Antara yang terkenal dan mudah digunakan ialah, toyyibPay dan Billplz. Penjual perlu mendaftar di mana-mana platform tersebut dan semasa mengisi borang, mereka akan meminta nama syarikat dan nombor akaun bank syarikat, dan nama pemegang akaun mesti sama dengan nama lesen SSM kita. Untuk itu, penjual perlu ada satu akaun bank syarikat untuk meneruskan proses tersebut.

Mahu tak mahu, penjual khususnya peniaga online mesti kena ada sekurang-kurangnya satu akaun syarikat untuk urusan jual beli. Sekarang, untuk peniaga membuat pinjaman perniagaan kebanyakan bank lebih mudah berurusan jika kita mempunyai penyata didalam akaun bank syarikat berbanding akaun bank peribadi.

5 Langkah Mudah Buka Akaun Bank Syarikat Di OCBC Bank (Malaysia) Berhad

OCBC Bank antara bank yang menawarkan pengurusan mudah secara online untuk membuka akaun bank syarikat dengan deposit yang rendah.

Klik pautan ini untuk mendaftar: https://www.ocbc.com.my/business-banking/

1 thought on “Buka Akaun Bank Syarikat Di OCBC Hanya RM500 Deposit”

Leave a Comment