Kedai serbaneka merupakan sebuah perniagaan yang mendapat sambutan amat menggalakkan pada ketika ini. Kenyataan saya ini dibuktikan dengan wujudnya kedai-kedai seperti Eco Shop, Zon Jimat, Setia RM2, Ninso, Mr Diy, Mr Dollar dan beberapa lagi kedai seumpama dengannya.
Kedai-kedai ini bertambah dari hari dan semakin rancak membiak. Semakin banyak outlet atau cawangan baru dibuka dan ada juga syarikat-syarikat baru yang muncul dan menjual barangan serbaneka seumpamanya.
Seperti yang kita sedia maklum, Eco Shop boleh dikatakan Top 1 dalam Malaysia yang mendapat sambutan yang paling tinggi untuk kedai berkonsepkan serbaneka. Cawangan Eco Shop hampir@ada diseluruh daerah-daerah di setiap negeri dalam Malaysia.
Dengan sambutan yang luar biasa itu menyebabkan syarikat-syarikat lain atau saingan merasa tercabar. Kedai-kedai serbaneka lain cuba melakukan pelbagai cara dengan promosi dan sebagainya untuk setidaknya dapat ikut rapat atau turut sama meriah dan mendapat tempat dimata pengguna.
Cara Mudah Ceburi Perniagaan Kedai Serbaneka
Saya cuba senaraikan beberapa point penting yang seharusnya ada untuk ceburi perniagaan seumpama ini.
- Perlu ada sebuah kedai sewa@beli
- Modal yang cukup, sesuai dengan keluasan kedai
- Dapatkan pembekal @supplier terutamanya untuk barang china
- Lesen perniagaan, lesen majlis
- Marketing
Point-point ini bukanlah dikeluarkan secara rasmi, ini hanyalah berdasarkan pengetahuan dan sedikit pengalaman yang saya ada dalam bidang peruncitan yang melibatkan perniagaan pasaraya dan kedai serbaneka terutamanya kedai-kedai RM2.
Baik, saya akan huraikan satu persatu secara ringkas dan mudah difahami. Pertama sekali perlu ada sebuah kedai, samada sewa atau beli terpulang lah ye. Keluasan kedai pula bergantung kepada bajet juga sebenarnya. Tetapi saya sarankan untuk mulakan dengan kedai satu pintu dulu.
Mungkin harga sewa sekitar RM1000-RM2000 untuk sebuah bangunan kedai cantik 1 pintu. Boleh juga letak bajet sewa RM1500 sebulan, jika ada lagi murah lagi baik. Untuk kedai satu pintu, saya anggarkan jumlah kos untuk rak gondola sekitar RM10000 hingga RM15000(tak pasti harga sekarang).
Masuk kepada point kedua, iaitu modal yang diperlukan untuk permulaan dari kedai kosong hingga lah lengkap termasuk pos sistem. Untuk kedai satu pintu jika hendak menjual barang serbaneka saya sarankan untuk sediakan sekurang-kurangnya 50k. Jumlah ini kira paling minima tetapi sudah boleh buka kedai.
Jika untuk kedai runcit atau mini market perlu sekurang-kurangnya RM60k ke RM100k untuk sebuah kedai satu pintu.
Dalam kedai serbaneka, hot item ialah barang makanan dan keduanya barang mainan. Dan diikuti dengan barangan lain seperti kelengkapan dapur, hardware dan akhir sekali ialah barang plastik. Anggaran barang makanan sebagai permulaan boleh ambil lebih kurang RM10000, mainan RM5000, lain-lain barang RM10000 campur-campur barang local dan china.
Pos sistem boleh dapatkan yang murah sekitar harga RM2000 atau lebih. Seterusnya ialah barang keperluan kedai seperti meja kaunter, plastik customer, punch harga dan lain-lain.
Pembekal Barangan Serbaneka
Saya bahagikan kepada 2 bahagian iaitu barangan local dan china. Untuk barang local iaitu dari syarikat tempatan seperti barang makanan samada biskut, keropok, barang dapur dan juga barang plastik. Manakala barang china seperti barang kitchen ware, hardware, alatulis, mainan dan lain-lain.
Pembekal-pembekal ini kebanyakannya berada di sekitar penang, kedah dan ada juga di tempat lain. Untuk barang China, biasanya ambil dengan pemborong dan bukannya direct dari china, melainkan memang sudah ada kaki atau sendiri pernah kesana dan tahu cara-cara borong barang china. Di Penang banyak syarikat distributor yang merupakan pemborong barang untuk kedai serbaneka termasuk barang china.
Ingat, jangan lupa untuk mohon lesen perniagaan dengan majlis di daerah atau kawasan masing-masing. Terus ke pejabat majlis dan tanya dibahagian perlesenan, biasanya mereka akan berikan senarai dokumen yang diperlukan. Untuk kelulusan ini mungkin akan mengambil masa beberapa hari, minggu atau makan bulan/tahun jika ada yang tak lengkap dan tak kena.
Contoh lesen perniagaan Majlis
Seterusnya kena buat marketing yang berkesan untuk memberitahu orang ramai akan kewujudan kedai kita. Pastikan ada buat grand opening, sediakan gift untuk pembelian tertentu atau nilai tertentu. Atau boleh juga tambah pemberian voucher kepada 100 penggan terawal dan sebagainya. Pastikan iklan berkenaan hadiah atau promosi ini diberitahu/war-warkan lebih awal.
Untuk marketing saya kurang mahir, kena banyak belajar lagi. Cuma ada sedikit pengalaman setup 3 buah kedai saiz pasaraya lebih kurang 4 pintu atas bawah dan juga kedai tingkat bawah dalam 6 pintu bersama team.
Inilah serba sedikit perkongsian dalam posting kali ini. Saya akan share lagi info lain berkenaan perniagaan terutamanya dalam peruncitan di lain hari. Harap perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat untuk rakan-rakan diluar sana.
Baca Ini : Perniagaan Santan Kelapa
Good luck!
hi .. boleh tahu nama no tel @ nama kedai2 yg supply brg utk buka kedai rm2