Cara Berdakwah Kepada Orang Bukan Islam (Melalui NGO)

Cara Berdakwah Kepada Orang Bukan Islam | Tidak semua orang mempunyai kemahiran dan keberanian berdakwah terutamanya kepada orang bukan islam. Banyak perkara yang perlu difikirkan contohnya kena pandai mengawal emosi diri apabila berdepan dengan orang bukan islam.

Mereka mempunyai agama dan kepercayaan sendiri, mereka punya fahaman dan pendapat yang mereka fikir logik bagi pandangan mereka. Kita nak mengajak orang kenal agama Allah perlu kepada ilmu, tanpa ilmu yang bagus kita akan mendapat susah.

Ilmu berdakwah bukan sahaja dari aspek pengetahuan agama yang mendalam, tetapi juga melibatkan tingkah laku dan pertuturan. Cara bercakap, perlu jaga dari mengeluarkan perkataan yang boleh mengguris hati pengganut agama lain.

cara berdakwah kepada orang bukan islam
CREDIT:FOTOHMETRO

Baca Juga: Rahsia Surah Faathir Doa Memulakan Perniagaan

Bagaimana Pula Cara Berdakwah Kepada Orang Bukan Islam Guna Khidmat Orang Tengah

Ada juga cara yang lebih mudah untuk kita menyampaikan dakwah kepada orang bukan islam walaupun kita kurang pengetahuan dan keberanian antaranya dengan menggunakan khidmat orang tengah.

Guna khidmat orang tengah yang dimaksudkan ialah dengan membantu mereka yang sedang menyampaikan dakwah kepada orang bukan islam dengan memberi kemudahan dan sumbangan. Contoh menyumbang sejumlah wang kepada NGO yang melakukan kerja kerja dakwah untuk orang bukan islam.

Sumber kewangan ini sangat diperlukan kerana mereka biasanya orang biasa yang menawarkan diri untuk jadi sukarelawan dan jika hanya menggunakan duit poket sendiri sampai bila boleh bertahan tanpa sokongan dari kita semua. Sebagai orang islam, kita wajib menyampaikan agama islam

Dana tersebut boleh digunakan bukan sahaja misi bantuan, tetapi mungkin juga dari segi pengurusan dakwah termasuk makan minum dan perbelanjaan ahli-ahli NGO itu sendiri. Mereka[Pendakwah] ini perlu juga sumber kewangan untuk menyara keluarga masing-masing dalam masa yang sama bertanggungjawab menyampaikan dakwah.

Credit:sinarkuliah

Seronok dengar cerita Firdaus Wong ajak kawan dia masuk islam, memang respect sangat-sangat. Beliau juga seorang mualaf, macamana cara beliau boleh terpikat dengan islam dan dengan cara itu juga beliau boleh yakinkan orang bukan islam yang lain.

Dengan adanya golongan pendakwah dari kalangan mualaf sendiri memudahkan urusan dakwah kepada orang bukan islam. Contohnya mualaf dari kaum cina, lebih mudah mendekati orang cina dan mualaf india kepada orang india. Hal ini kerana, mereka dari kaum yang sama lebih mengenali adab dan pertuturan sesama kaum.

Kata Firdaus Wong lagi, beliau lebih senang berdakwah kepada orang yang sudah mengenali beliau berbanding orang yang baru beliau kenal. Untuk kawan yang sudah lama kenal, beliau boleh cakap direct untuk ajak masuk islam kerana sudah lama berkawan dan kenal hati budi masing-masing.

Kata-kata seorang ustaz, kita jangan terlalu selesa dengan persediaan kita untuk bertemu sang pencipta walaupun berjaya mendidik isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Kerana tanggungjawab kita ialah sebagai khalifah, harus menyebarkan ajaran agama islam yang betul kepada semua orang dan bukan hanya pada keluarga kecilnya.

Kepada mereka yang tidak mempunyai kesempatan berdakwah, buat lah semampu yang boleh dan setidaknya bantu mereka yang sedang menyampaikan dakwah. Inilah saham akhirat yang boleh kita laburkan tanpa rugi, bukan sahaja mendapat berkat rezeki di dunia bahkan dijanjikan pahala berlipat kali ganda dan balasan di akhirat kelak.

Senarai 4 NGO Yang Menjalankan Dakwah [Hasil Carian Google]

  • Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
  • Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (Ebit Lew)
  • Multiracial Reverted Muslim (MRM) [Pengasas Firdaus Wong]
  • Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)

Harapan saya, semoga kita semua mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat. Jika terdapat kesilapan dalam penulisan saya, sila kemukakan teguran dalam ruangan komen dibawah.

Leave a Comment