Daftar KWSP Majikan Secara Online Untuk Sektor Swasta

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP telah mewajibkan bagi majikan untuk membuat caruman kwsp untuk setiap pekerja dibawahnya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Namun masih ramai majikan yang tidak berbuat demikian dan tidak mengambil kisah perkara ini.

KWSP merupakan suatu bentuk simpanan penting untuk jangka masa panjang bagi setiap individu terutamanya dari sektor swasta. Biasanya pekerja swasta tidak mempunyai bayaran pencen setelah tamat perkhidmatannya, jadi simpanan kwsp lah yang boleh dijadikan bekal mereka dihari tua.

Daftar KWSP Majikan Secara Online
Kelebihan Majikan Berdaftar Dengan KWSP

Untuk majikan di syarikat-syarikat besar biasanya mereka memang berdaftar dengan kwsp dan mencarum untuk setiap pekerjanya. Bagi perniagaan kecil-kecil yang berdaftar dengan ssm seperti kedai makan dan kedai runcit yang memiliki pekerja, juga diwajibkan mencarum walaupun pekerja hanya seorang.

Majikan sendiri perlu berdaftar dengan KWSP terlebih dahulu sekurang-kurangnya setelah mendapat pekerja pertama mereka. Dan dalam masa mendaftar akaun kwsp untuk pekerja, majikan boleh mendaftarkan dirinya sebagai pencarum kerana dia juga bekerja walaupun dalam syarikat miliknya.

Langkah mudah untuk mendaftar sebagai majikan kwsp, hanya perlu hadir ke mana-mana cawangan @kiosk KWSP berhampiran dan membuat pendaftaran disana.

Daftar KWSP Majikan Secara Online

Bagi majikan di sektor swasta yang berdaftar dengan SSM, mereka boleh membuat pendaftaran kwsp secara dalam talian (Online), lebih mudah dan menjimatkan masa. Tetapi untuk mendaftar i-akaun, mungkin anda perlu juga hadir ke cawangan @kiosk kwsp berhampiran.

Dokumen Apa Yang Diperlukan :

>>KLIK LINK INI UNTUK DAPATKAN BORANG KWSP 1<<

Untuk mendaftar Majikan KWSP secara Online sila klik link ini.. https://secure.kwsp.gov.my/employer/online/registration

Kelebihan Daftar Sebagai Majikan KWSP

Sebenarnya bukan sekadar menunaikan kewajiban sebagai majikan sahaja, tetapi banyak kelebihan lain seperti, syarikat kelihatan lebih kukuh, dan dipercayaai. Pekerja lebih respect majikan dan bangga bekerja disitu, dan mungkin boleh dapatkan pekerja yang lebih bagus.

Selain dari mendapat nombor rujukan majikan dan notis pendaftaran, majikan akan mendapat sijil pendaftaran sebagai majikan yang berdaftar dengan KWSP untuk dipamerkan di premis.

Sumber: KWSP

Leave a Comment