Setiap pasangan terutamanya yang baru berkahwin sudah tentu menginginkan cahaya mata. Mungkin salah seorang mahukan anak lelaki dan ada yang mahukan perempuan. Masing-masing tidak sabar menunggu masa terbaik untuk pergi scan jantina bayi dalam kandungan lagi-lagi si ibu.
Maklumlah ibu yang mengandungkan anak dan dia yang akan melahirkan, itu yang membuat si ibu sangat teruja untuk mengetahui jantina anak. Biasanya untuk anak pertama, pasangan tidak begitu kisah samada dapat anak lelaki atau perempuan. Namun bagi pasangan yang sudah mempunyai seorang atau dua anak lelaki, sudah tentu dia menginginkan pula anak perempuan.
Antara Ibu Dan Bapa, Yang Mana Menentukan Jantina Anak
Salah seorang saintis membuat penyelidikan dan mendapati samada pasangan tersebut mendapat anak lelaki atau perempuan boleh dilihat daripada keluarga sebelah lelaki(suami). Dari penyelidikan ini kita mendapat tahu bahawa jantina anak ditentukan dari sebelah suami dan bukannya isteri.
Dari penyelidikannya lebih kurang begini, lelaki yang mempunyai saudara lelaki yang ramai lebih cenderung untuk mendapatkan anak lelaki, manakala lelaki(suami) yang mempunyai ramai saudara perempuan lebih cenderung mendapatkan anak perempuan.
Ini adalah kajian dan pendapat seorang saintis dari dari salah sebuah Universiti. Ini berdasarkan kajian mejoriti terhadap 927 keluarga yang mempunyai maklumat mengenai 556,387 orang dari Amerika Utara dan Eropah yang bermula pada tahun 1600. Kita ikuti lagi penerangan secara mendalam bagaimana ianya berlaku.
Bagaimana Jantina Anak Ditentukan Dari Bapa
Manusia mempunyai 23 kromosom dan ianya terbahagi kepada 22 pasang autosom dan sepasang kromosom seks. Secara ringkasnya, lelaki normal mempunyai 2 kromosom seks iaitu kromosom X dan Kromosom Y, manakala perempuan normal juga mempunyai 2 kromosom tetapi hanya kromosom X. Sebelum tu, anda kena kenal dulu apa itu Kromosom.
Apa Itu Kromosom ?
Struktur yang terdapat di dalam nukleus sel, dan ia terdiri daripada protein dan DNA yang disusun menjadi gen.
Ketika persetubuhan berlaku, dalam berjuta-juta sperma yang dilepaskan lelaki akan berenang menuju ke ovum untuk persenyawaan. Sperma-sperma tersebut membawa sama ada kromosom X atau Kromosom Y. Ketika sampai di ovum, hanya satu sahaja sperma berjaya masuk dan sperma tersebut sama ada pembawa kromosom X ataupun Y.
Jika sperma membawa kromosom X, dan berlaku persenyawaan maka anak perempuan yang terhasil manakala jika sperma tersebut membawa kromosom Y, maka anak lelaki yang terhasil. Jadi, begitulah persenyawaan yang berlaku disana yang membongkarkan bagaimana terhasilnya jantina.
Jelas disini persoalan jantina sama ada dari bapa atau ibu sudah terjawab. Jawapannya ialah dari gen bapa, tetapi jangan pula persalahkan suami, kerana hakikatnya Allah SWT penentu segalanya. Dia lebih tahu mana yang terbaik buat pasangan tersebut. Namun, ada juga faktor lain juga yang boleh mempengaruhi jantina anak, insyaallah kita bahas di lain masa.
sumber: sciencedaily, myhealth, onelearningsolution, medlineplus, islamituindah
1 thought on “Gen Bapa Menentukan Anak Lelaki Atau Perempuan”