Harga Postage j&t 2023 1kg

Harga postage j&t 2023 | Sejak mula bekerja makan gaji tahun lepas, lama betul dah tak pos pakai j&t. Tapi sekarang dah berhenti kerja dan mula berniaga balik.

Sebelum ni memang pelanggan tetap j&t, tapi kadang-kadang ada juga kerumitan dalam pengurusan terutamanya masa pkp. Saya pernah beralih ke best express dan ninja van. Pengurusan lebih sempoi dan senang dibawak bincang, alamat main wasap je kepada pekerja kurier tersebut.

Harga postage j&t 2023

Baru-baru ni ada pergi juga j&t nak pos barang customer, time bayar ingatkan harga dah naik rupanya masih sama, terbaiklah j&t!!

Berapa Harga Postage j&t 2023 ?

1kg=RM7.40

Ya, masih mengekalkan harga ini untuk berat 1kg. J&T Express sebelum ni memang ada juga isu barang lambat sampai, tapi yang last saya pos ni sekejap je sampai 2 hari kalo tak silap. Kira kualiti pengurusan penghantarannya masih mantap.

Kawan saya bagitahu ada satu kurier ni memang terbaik, kalau post harini biasanya esok mesti sampai. Tapi kat tempat saya kurier ni tak femes sangat, rasanya ramai lagi orang guna j&t. Kurier yang dimaksudkan ialah City link. Ya, memang betul sangat cepat sampai.

Walaupun harga sedikit mahal, bagi saya berbaloi untuk peniaga online kerana kepuasan pelanggan perlu lebih diutamakan. J&T Express memang banyak cawangan tapi ada juga cawangan yang ditutup tak pasti apa sebabnya.

Sebelum ni saya ada buat artikel pasal senarai cawangan j&t express, last-last saya delete balik posting tersebut kerana ada beberapa owner email saya komplen terganggu dengan panggilan pengguna j&t yang selalu hubungi beliau. Mungkin pemilik j&t cawangan tersebut sudah tutup operasi kedainya atau sebab lain.

Harga postage 1kg setiap courier berbeza-beza, ada mahal ada murah dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, ada kurier yang menawarkan insuran sebagai jaminan barang akan sampai kepada penerima dengan selamat. Jika barang tersebut tidak sampai, hilang atau ada masalah lain maka pihak kurier tersebut akan bertanggungjawab.

Tapi ada juga kurier yang tidak menawarkan perkhidmatan insuran tetapi jika barang hilang mereka akan ganti juga melalui beberapa proses dan gantian tersebut mungkin tidak 100%. Saya sendiri pernah kena, masa tu saya pos barang guna kurier A, dan barang tersebut tidak dapat dikesan, mungkin hilang disuatu tempat. Nilai barang tersebut RM180 dan saya dapat balik duit tersebut RM80 @RM100 kalau tak silap, tapi lama jugak la prosesnya.

Credit: J&T

Leave a Comment