Honda City Hatchback 2021 Harga Bermula RM75,670 | Honda sememangnya menjadi idaman terutamanya bagi yang berkerjaya. Jenama yang dipercayai, kualiti yang sangat memuaskan dan kos penyelenggaraan yang berpatutan sangat sesuai untuk dijadikan kereta pertama.

Jika kita bandingkan harga kereta honda sedan, hatchback dari dulu lagi rasanya jenis model susah jatuh harga. Ramai yang meminati hatchback daripada sedan terutamanya dikalangan anak muda, mungkin kerana nampak lebih sporty dan mungkin lebih stabil dari sudut connering.
Baca Juga: Mangsa Kemalangan Melambung Atas Bumbung Kena Langgar Honda Civic
Honda City Hatchback 2021 ini jika dilihat dari segi keluasan, amat memuaskan. Walaupun tanpa but belakang, model ini tetap luas dan mampu memuatkan 4 buah basikal saiz sederhana sekaligus. Rujuk gambar dibawah..

Tidak dapat dinafikan lagi jenis hatchback memang boleh muat barang saiz besar berbanding jenis sedan yang mana bukaan but biasanya lebih sempit. Model hatchback boleh jatuhkan kerusi belakang untuk lebih keluasan jika nak muat barang saiz besar dan bukaan bonet juga besar.

City Hatchback mempunyai ruang yang selesa, terlihat kemas dan moden. Gear automatik dengan cover gear lenis kulit.



Dilengkapi kamera belakang membantu pemandu masuk parking dengan mudah dan tepat. Adanya kamera belakang, senang nak masuk parking terutamanya untuk pemandu wanita dan mereka yang baru biasakan diri masuk parking gaya profesional.
"Bagi peminat hibrid pula, varian City Hatchback terbabit yang dijangka tampil dengan tahap kemasan paling sporty iaitu e:HEV RS akan diperkenalkan awal tahun depan."
Honda City Hatchback 2021 Harga varian tertinggi 1.5 V pula bermula RM87,860
Honda city terkenal dengan kereta jimat minyak, kepada mereka yang biasa pakai city memang sedia maklum penggunaan minyak yang sangat memuaskan. Model city lama juga jimat minyak, dan yang bakal diperkenalkan nanti jenis hibrid yang menggunakan teknologi terkini sememangnya lebih senyap dan jimat.
Sedikit Info Berkenaan Kereta Hibrid
Kereta jenis hibrid adalah sejenis kereta yang menggunakan gabungan dua sistem iaitu enjin pembakaran dalaman dan tenaga elektrik.njin utama hibrid masih menggunakan petrol sebagai bahan api, namun ia mempunyai sistem motor elektrik yang akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan minyak dalam operasi sistem hibrid.
Tahukah anda, Honda city hatchback ini pengganti kepada Honda Jazz GK. Kepada peminat jazz sebelum ini, boleh lah beralih kepada city hatchback pula kerana bentuk model kompak ini hampir menyerupai ciri-ciri jazz.
1 thought on “Honda City Hatchback 2021 Harga Bermula RM75,670”