Jeans Repair atau alter seluar jeans untuk sekitar jerteh kini boleh berurusan dengan Joe Juki yang bertapak di kampung padang luas jerteh@jertih. Jerteh berada dalam daerah besut iaitu daerah yang paling jiran dengan pasir puteh kelantan. Rata-rata orang besut menggunakan bahasa kelantan dan hampir tiada langsung loghat ganu.

Ada yang tanya kenapa nama Joe Juki?
Ok baik, Joe adalah nama owner atau tukang jahit dari Zul ke Joe, dua-dua boleh panggil sebenarnya. Manakala Juki pula diambil dari nama brand mesin jahit terkenal keluaran jepun iaitu mesin jenama Juki. Di Malaysia, kebanyakan tempat-tempat kursus jahitan dan kedai jahit akan menggunakan mesin jahit lurus industri jenama Juki, Brother, Yamata, Singer dan beberapa jenama lain.
Juki antara yang paling popular untuk jenis jahitan lurus. Komen dari tukang jahit, mesin jenama juki tahan lasak dan jahitannya juga cantik. Walaupun harganya agak tinggi tetapi kualitinya juga memuaskan dan sepadan dengan harga.
Bagi penggemar seluar jeans, mereka lebih mementingkan kualiti jahitan supaya tidak terlalu nampak seperti diubahsuai. Sebagai contoh, ada pelanggan yang datang potong kaki seluar jean tetapi nak pasang semula lipatan kaki jeans original(asal) supaya nampak seperti asal walaupun sudah potong. Biasanya harga yang dikenakan untuk potong sambung ori jeans lebih mahal dari potong biasa.
Potong Sambung Ori kaki Jeans

Selain itu seluar jeans terkenal dengan jahitan tulang bungkus(tulang dua). Jahitan seperti ini lebih rumit dan memakan masa untuk siapkan. Jahitan tulang bungkus biasanya bahagian pinggang dan kedua-dua belah kaki termasuk cawat.
Bagaimana pula dengan jahitan berantai? Jahitan berantai memerlukan mesin khas untuk jahitan berantai. Pelbagai jenama mesin jahit jenis berantai ada juga jenama Juki, Okurma dan mungkin ada juga jenis lain. Biasanya jahitan berantai akan lebih mahal dari jahitan biasa, Joe Juki juga sedang usaha untuk dapatkan mesin jahit jenis berantai atau dipanggil Chain stitch.
Biasanya kedai alteration jeans bukan hanya seluar jeans, tetapi merangkumi hampir semua jenis seluar, baju lelaki dan perempuan. Termasuk juga baju kanak-kanak dan jubah orang dewasa. Di Joe Juki, antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Potong kaki seluar
- Kecil kaki seluar
- Kecil pinggang seluar
- kecil cawat seluar
- Potong sambung ori kaki jeans
- Potong labuh baju / labuh tangan
- Kecil bahu / badan
- Tukar zip
- Tukar butang
- Tampal koyak dll……
Jenis Pakaian:
- Seluar jeans
- Seluar slack
- Baju sekolah
- Baju Melayu
- Jubah dll……
Lokasi Joe Juki (Kedai Jeans Repair)

Lokasi kedai di Kampung Padang Luas Jerteh, kedai berhampiran 7E, Klinik Kesihatan kampung padang luas jerteh. Boleh terus hubungi nombor telefon yang disediakan atau terus tekan link whatsapp untuk sebarang pertanyaan termasuk senarai harga alteration.
HP: 01169206774 (JOE) @http://www.wasap.my/601169206774/JeansRepair