Ladang Tenusu Jeram Mengaji Pasir Puteh, Kelantan

Kalau sebut saja pantai timur, mesti terbayang tempat bercuti, kawasan pantai dan sungai-sungai. Untuk pengetahuan semua, di Kelantan terdapat sebuah tempat ternakan lembu tenusu yang terkenal iaitu SRZ Ternak dikenali dengan panggilan Ladang Tenusu Jeram Mengaji yang terletak di daerah Pasir Puteh.

Di Terengganu dan Kelantan, tempat berkelah dikawasan sungai terkenal dengan panggilan Jeram atau Lata. Antaranya di Terengganu, Lata Tembakah, Lata Belatan, manakala Kelantan seperti Jeram Linang, Jeram Pasu, Jeram Mengaji dan bermacam lagi.

Kawasan yang dahulunya hampir tidak dikenali, kini menjadi tarikan pengunjung terutamanya musim cuti dan hujung minggu. Disana terdapat gerai-gerai yang menjual susu segar pelbagai perisa seperti susu strawberi, susu coklat, susu jagung, susu perisa kopi, yogurt dan bermacam lagi.

Baca juga: Gen Bapa Menentukan Anak Lelaki Atau Perempuan

Anggaran Keluasan Ladang Tenusu Jeram Mengaji

Keluasan kawasan juga boleh dikatakan besar, anggaran saya jika dilihat sekilas pandang sekitar 5 hektar. Terdapat kandang lembu susu, kandang kuda dan kawasan padang rumput yang sangat cantik. Kebanyakan mereka berkujung bersama keluarga dan pasangan masing-masing.

Biasanya mereka yang berkunjung ke Ladang Tenusu ini untuk bergambar bersama pasangan dan keluarga. Temanya sangat sesuai untuk dijadikan tempat bergambar bagi pengantin baru dan sangat sesuai untuk pergambaran filem-filem romantis. Didalam ladang tersebut disediakan transport seperti basikal elektrik dan ATV yang boleh disewa untuk bersiar-siar di dalam kawasan tersebut.

Permulaan masuk ke kawasan ladang tersebut, anda boleh meletak kenderaan di kawasan sekitar gerai susu segar di laluan masuk. Tetapi untuk mereka yang nak masuk ke kawasan padang rumput, kandang kuda, sebaiknya terus parking pada pintu masuk pada hujung pagar kawasan padang tersebut.

Sebenarnya tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke dalam kawasan Ladang Tenusu, tetapi untuk masuk ke kawasan dalam pagar padang rumput kandang kuda, cuma perlu bayar kos parking RM2 sahaja untuk sebuah kereta. Jadi tak perlu risau tentang kos nak masuk kesana, cuma sediakan duit untuk membeli sahaja.

ladang tenusu jeram mengaji

Laluan untuk masuk ke Ladang Tenusu tidaklah begitu sukar walaupun laluannya kecil tetapi tidak jauh dari jalan besar dan tidak terlalu pedalaman. Laluan kurang rata tidak menjadi masalah untuk kereta-kereta biasa dan motosikal.

Jika jalan terus melepasi ladang tenusu, akan sampai ke Jeram Mengaji iaitu kawasan sungai sesuai untuk berkelah. Di kawasan sungai tersebut terdapat juga gerai-gerai menjual makanan dan minuman.

Jeram Mengaji ini juga dipanggil Jeram Mak Nenek, yang dahulunya kurang dikenali sebelum kawasan ini menjadi viral. Sebenarnya ada beberapa laluan lain untuk sampai ke kawasan sungai Jeram Mengaji, tetapi jalan mudah iaitu melalui simpang 3 Selising, pasir puteh dan melalui kawasan kampung masuk ke jalan Ladang Tenusu dan terus ke Jeram Mengaji Agro Resort.

Lokasi Ladang Tenusu [SRZ Ternak]

Jika menggunakan google map atau waze, anda boleh search Ladang Tenusu atau Jeram Mengaji Agro Resort. Nasihat saya, sebelum membuat carian melalui google map atau waze, pastikan anda sudah smpai di Kg Selising, supaya laluan yang dibawa lebih senang untuk sampai ke destinasi. Ada juga jalan lain yang mungkin sedikit sukar jika anda membuat carian lebih awal.

Apabila anda sampai di simpang 3 Kampung Selising yang mana terdapat sebuah balai polis, bermakna anda berada di tempat yang betul dan boleh mula membuat carian melalui google map atau waze. Dari situ sudah tidak jauh untuk sampai ke destinasi yang dituju.

credit foto:  triphackerz 

Leave a Comment