Tan Cheng Hoe merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Memulakan karier bersama team Kedah pada 1988 hingga 1995. Seterusnya ke Perlis, Penang, Kuala Lumpur, Kelantan dan kembali ke Kedah tahun 2000 hingga 2001.
KANDUNGAN: Sebab Tan Cheng Hoe Tinggalkan Kedah Berapa gaji Tan Cheng Hoe Dalam FAM Keputusan Malaysia Menentang Jordan Oktober 2021
Menjadi Jurulatih pasukan Kedah dari tahun 2014 hingga 2017 sebelum dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan pada disember 2017. Pelbagai persoalan dari peminat bolasepak terutamanya dari penyokong kedah berkenaan sebab kenapa Tan Cheng Hoe tinggalkan Kedah.
Sebab Tan Cheng Hoe Tinggalkan Kedah
“Tan Cheng Hoe nak ke skuad kebangsaan kerana KFA tidak ada pelan jangka panjang yang meyakinkan beliau.”
Pelan jangka masa panjang ni sangat penting dan bukan hal gaji semata-mata. TMJ memberikan contoh, pemain Shakir Shaari yang ditawarkan gaji RM50 ribu sebulan oleh Selangor sebelum ke JDT. Tetapi Shakir memilih untuk sertai pasukan JDT walaupun hanya dibayar gaji RM30 ribu sebulan. Ini kerana beliau memikirkan pelan jangka masa panjang.
Berapa gaji Tan Cheng Hoe Dalam FAM
Dikatakan Tan Cheng Hoe ditawarkan gaji sama banyak semasa beliau bersama Kedah. Malah jika dikira pendapatannya di FAM menjadi sedikit kurang kerana beliau perlu membayar sendiri jumlah cukai, dan tidak seperti di Kedah, KFA yang membayar cukai tersebut.
Banyak kejayaan yang telah diraih sejak memegang jurulatih pasukan kebangsaan beberapa tahun ini seperti menewaskan Thailand 2-1 untuk meraih kemenangan kedua dalam kelayakan WC pada 2019, menewaskan Indonesia 2-0 dalam kelayakan Asia Piala Dunia FIFA pada 2019 dan banyak lagi.
Keputusan Malaysia Menentang Jordan Oktober 2021
Skuad kebangsaan tidak berjaya menjaringkan gol malah dibenam 4-0 di Stadium King Abdullah II, Aman Jordan. Jordan pada masa ini telah menduduki ranking ke-93 dunia.
Perlawanan seterusnya menentang Uzbekistan pada 9hb Oktober 2021 di stadium sama. Sama-sama kita doakan skuad kebangsaan berjaya dalam perlawanan seterusnya dan semoga jurulatih Tan Cheng Hoe mampu membentuk skuad kebangsaan dengan penampilan yang lebih baik lagi di masa akan datang.
Sumber: semuanyabola, fbFAM, twittereradotje, wikipedia, bharian