Masalah Clutch Kereta Lekat Gear Tak Masuk

Masalah Clutch Kereta Lekat | Untuk kereta manual terdapat satu fungsi clutch yang perlu dikawal secara manual selain gear, break dan minyak. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri apabila masalah ini berlaku kepada kereta saya jenis perodua viva 850 manual.

masalah clutch kereta lekat

Sebelum ini memang pernah berlaku, kereta viva ni memang saya jarang bawak kadang-kadang berbulan-bulan baru start. Kereta berfungsi dengan baik cuma kerap kali berlaku gear susah masuk walaupun clutch sudah tekan rapat. Tapi kalau selalu bawak tiada masalah, bila lama tak bawak gear akan jadi susah masuk, nak kena main-main clutch dan gear dulu lama-lama barulah boleh masuk. Dan bila tersadai lama, dia akan jadi balik.

Paling teruk masa banjir besar bulan 12/2023, masa tu saya kerja diluar kawasan manakala anak-anak dan isteri berada dirumah mertua. Kawasan perumahan saya turut dinaiki air, jiran-jiran ramai yang dah keluar ke tempat pemindahan. Masa tu kereta viva parking bawah garrage rumah, kedalaman air saya tak pasti tetapi bila habis banjir dan saya balik tengok ada air bertakung dalam kereta lebih kurang 2 inci diatas pelapit kaki kereta.

Bila start kereta hidup cuma keluar banyak air melalui ekzos, mungkin bahagian enjin tidak tenggelam. Saya cuba tekan ke gear satu tetapi tak dapat, gear taknak masuk walaupun clutch sudah tekan habis dalam. Sebelum ni kalau buat main-main clutch dan gear lama-lama akan jadi tapi kali ni tak, gear masih keras taknak masuk.

Saya cuba dapatkan info di youtube tetapi hasinya mengecewakan, kerana ini jugalah saya buat artikel ini untuk kongsi kepada sahabat-sahabat diluar sana yang menghadapi masalah yang sama.

Baca Juga:
>>Cara Nak Lowered Kereta
>>Honda City Hatchback

Masalah Clutch Kereta Lekat Kini Selesai

Saya cuba tanya pomen terdekat pasal masalah ni, jadi beliau bagi cadangan supaya saya cuba start kereta dalam gear. Maksudnya sebelum start kereta perlu masuk dulu gear dan baru start, jadi saya cuba bebera kali siap boleh alih kereta dan parking tempat lain tetapi masih tak menjadi.

Bila beritahu pomen sekali lagi, dia cakap perlu start dalam gear lagi dan bawak dulu kereta pusing-pusing. Yang ni saya tak buat sebab risau jadi apa-apa masalah ditengah jalan, maklumlah jika start dalam gear satu dan bawak dalam satu gear sehingga clutch kembali pulih bagi saya agak sukar. Hinggalah saya minta pomen sendiri datang ke rumah dan cuba buat.

Alhamdulillah pomen datang dan bawak dalam 100 meter dari rumah terus selesai, clutch mula kembali berfungsi dan boleh masuk gear macam biasa. Rasa lega sangat-sangat kerana tak perlu habiskan banyak duit untuk panggil towing ke bengkel. Sebelum ini saya ada juga tengok dalam youtube pasal masalah clutch ni, ada yang sampai kena buka bahagian gearbox jika melibatkan masalah lain yang lebih serius.

Kredit Gambar: shopee, carlist

Leave a Comment