Masalah Kerengga Pada Pokok Buah, Cara Atasi

Masalah kerengga bukanlah isu besar, ia tidaklah seperti masalah tikus atau serangga perosak tanaman. Kerengga akan jadi masalah besar jika serangga tersebut mula ganggu manusia.

masalah kerengga

Gigitan kerengga agak pedih juga, tambah dengan bau hancing menyengat memang mengganggu. Kerengga yang membuat sarang pada pokok buah menyebabkan sukar untuk ambil buah.

Kita yang nak ambil buat ni merupakan musuh kepada kerengga. Mereka akan mula menyerang apabila merasa kawasan mereka diganggu. Ikutkan geram rasa macam nak tebang je pokok tu biar sama-sama tak boleh merasa.

Masalah Kerengga ?? Guna Racun Semut Kerengga

Kredit Gambar : shopee

Pernah tak beli racun semut yang dalam pek kecil dan dalamnya ada biji kecil-kecil macam serbuk rempah cukup rasa tu. Racun ni memang untuk serangga seperti semut, kerengga dan seangkatan dengannya. Tengok contoh racun dalam gambar diatas yang saya dapatkan dari shopee. Boleh juga beli di pasar, kedai-kedai walaupun pek berlainan, asalkan dalamnya hampir sama iaitu jenis serbuk.

Cara Guna Racun Semut Untuk Hapuskan Kerengga

Pertama dapatkan ikan mentah 2 ke 3 ekor, gaulkan dengan racun semut tadi sehingga sebati. Pastikan pakai sarung tangan atau kelengkapan keselamatan lain, walaupun racun semut ia tetap beracun kepada manusia juga ya.

Letak dalam satu bekas dan letak pada pokok kerengga tersebut. Pastikan benda ni tidak diketahui kucing ya, maksudnya rahsiakan dari pengetahuan kucing. Bimbang kucing kesayangan pula yang jadi mangsa keracunan.

Kerengga pantang bau ikan mentah ni, mereka akan datang beramai-ramai dan usung ikan tersebut bawak naik ke sarang untuk majlis kenduri. Guna ikan kecil je jangan pakai ikan besar, ikan selayang @sardin sesuai.

Insyaallah selang beberapa hari nak tengok sekor kerengga pun dan jadi susah. Mereka tidak makan sendiri, ikan ni mereka akan jamu semua seolah-olah buat kenduri dan habislah semua mati. Kat rumah mak saya kerengga serang pokok jambu madu, nak makan jambu pun kena berperang dulu. Dah kena racun baru lah lega, kalau tak kerengga sampai merebak ke bahagian bumbung rumah.

Sebelum ni ada juga guna penyembur serangga organik yang jenis cecair dalam botol spray. Memang dari bahan semulajadi katanya dan tidak memudaratkan manusia. Apabila sembur pada kerengga boleh dikatakan berkesan juga, banyak yang mati. Tapi mampu ke nak beli untuk habiskan satu pokok kerengga tu. Cara paling senang, guna teknik diatas insyaallah membantu.

Baca Juga: Demam Denggi | Simptom Dan Gejala

Hukum Bunuh Kerengga Atau Serangga

Menurut Dr Asri

Menurut Ustaz Muhaizat

Apa Manfaat Kerengga Pada Pokok Buah ?

Ya, dalam sedikit keburukan yang kita nampak sebenarnya tersirat beribu kebaikan. Sehinggakan ada diajar cara untuk membiakkan kerengga pada pokok tanaman atau pokok buah.

Menurut kajian, terdapat tanaman yang adanya kerengga memberikan hasil yang lebih banyak dan lebih baik berbanding tanaman yang tidak ada kerengga. Baca disini >> animhosnan

Leave a Comment