Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 2022 | Pengumuman kerajaan untuk membenarkan pengeluaran kwsp 10k secara oneoff merupakan berita gembira yang ditunggu-tunggu. Desakan dari pelbagai pihak bertujuan untuk membela nasib mereka yang terjejas pendapatan dan bagi yang kena musibah banjir dan sebagainya.
Pengeluaran kali ini mungkin yang terakhir dibenarkan hampir tanpa syarat, bermakna hampir semua pencarum kwsp boleh mengeluarkan wang tersebut. Namun, pengeluaran akan bermula dengan akaun 2 dan diikuti akaun 1 jika baki akaun 2 tidak mencukupi.
Tarikh Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 2022
Permohonan boleh dibuat bermula 1 april hingga 30 april dan wang mula dikreditkan seawal 20 april. Seperti yang lepas-lepas, pada hari pertama pengeluaran dibuka, laman web kwsp akan mengalami gangguan kesesakan kerana terlalu ramai yang masuk untuk akses akaun masing-masing.
Waktu paling tepat bagi saya untuk membuat pengeluaran ialah bersiap sedia depan komputer @hp dengan line internet berkelajuan tinggi pada malam 31 mac dan tepat jam 12:00am 1april terus login untuk buat permohonan secepat yang boleh. Sistem akan mengalami masalah kesesakan apabila menjelang matahari terbit kerana pada masa itu ramai yang sudah bangun.
Baca Juga: Cara Buka Akaun Cimb Perniagaan Online

Cara Mudah Buat Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp
Kali ini cara permohonan lebih mudah, tak perlu login i-Akaun. Jadi tiada lagi masalah lupa password i-Akaun.
Terus saja ke laman web https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ dan masukkan nombor ic, nombor telefon dan setelah dapat nombor otp, isi detail hingga selesai.
astikan akaun bank betul dan masih aktif supaya tiada masalah dikemudiannya.
Tunggu saja duit masuk bank, dan biasanya permohonan awal akan masuk lebih awal mengikut pengalaman saya. Jika ada yang terlepas untuk membuat pengeluaran pada awal pagi 1april, korang tetap boleh cuba login jika dapat dan boleh juga buat pada awal pagi hari berikutnya.
Mungkin juga laman web tersebut dibuka lebih awal untuk permohonan.
Reset ID Dan Password i-Akaun KWSP Jika Terlupa
Untuk mereka yang ingin membuat semakan terlebih dahulu, boleh ke laman web kwsp dan login i-Akaun.
erlupa password tiada masalah, tekan saja link forgot password di bawagian bawah dan lengkapkan apa yang diminta sehingga selesai buat password baru. Pastikan nombor telefon yang didaftarkan dengan kwsp adalah nombor yang sama dimasukkan untuk reset password i-Akaun.
Walaupun bayaran Pengeluaran Khas kwsp dibuat seawal 20 april tetapi permohonan dibuka sehingga 30 april.
1 thought on “Permohonan Pengeluaran Khas Kwsp 2022”