Proses Tukar Nama Kenderaan Di JPJ (2 Step Sahaja)

Setiap urusan proses tukar nama kenderaan di Malaysia hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah hingga selesai dapat geran. Sebelum tu kenderaan tersebut mestilah lulus ujian puspakom b5 terlebih dahulu. Setelah selesai, akan dapat sijil yang membuktikan kereta tersebut lulus dan boleh dipindah milik.

Biasanya nak ke Puspakom kena buat temujanji dulu, boleh buat secara online. Urusan puspakom ni tak ramai yang rajin nak kesana, lagi-lagi kena beratur panjang berjam-jam. Dalam situasi ini biasanya khidmat runner diperlukan untuk memudahkan urusan dan menjimatkan masa.

Kos upah runner puspakom biasanya tak lebih dari RM200. Saya pernah buat RM130 sahaja, itu pun termasuk bayaran sebenar puspakom RM30.

Sama juga untuk motosikal, kena melalui puspakom untuk tujuan tukar nama tapi baru-baru ni kalau tak silap prosedur untuk tukar nama motosikal dipermudahkan tanpa memerlukan surat puspakom, segala urusan boleh terus diselesaikan di JPJ dan mungkin untuk situasi tertentu tetap memerlukan pemeriksaan puspakom.

Contoh Surat Tukar Milik Puspakom B5

proses tukar nama kenderaan

Proses Yang Berlaku Di Kaunter JPJ Semasa Tukar Nama Kenderaan Khusus Untuk Kereta

1. Pertama, pemilik asal iaitu penama pada geran perlu hadir ke mana-mana Pejabat JPJ untuk thumbprint.

Pergi ke kaunter pertanyaan, @tempat ambil nombor giliran, beritahu kepada petugas kaunter anda mahu thumbprint nama kereta. Biasanya ada staf yang ditugaskan di kaunter pertanyaan atau pasukan RELA.

Dokumen yang perlu dibawa semasa thumbprint

Ok, dokumen penting ini mesti disediakan, jika tidak proses tersebut tidak dapat dijalankan. Dokumen yang perlu dibawa ialah IBU JARI pemilik asal kenderaan, dan kad pengenalan. Maksudnya owner sendiri yang kena ke kaunter JPJ untuk pengesahan pemilik kenderaan.

Sekarang semua pakai online, tidak perlu bawa banyak-banyak dokumen @potostat dan sebagainya. Cukup tuan punya badan pergi sana untuk pengesahan pemilik asal kenderaan, dan jangan lupa nombor plate kenderaan. Untuk proses thumbprint pemilik asal, tiada bayaran dikenakan.

Untuk proses jual beli kenderaan, pastikan pemilik baru selesai buat bayaran terlebih dahulu sebelum proses tukar nama selesai, kerana bimbang terjadi perkara diluar jangkaan. Pandangan saya, selesai sahaja pemilik asal buat thumbprint, baru lah urusan pembayaran diselesaikan bersama penyerahan geran lama kepada pemilik baru.

Baca Juga : Semakan Bantuan Keluarga Malaysia 2022

2. Pemilik baru perlu ke kaunter JPJ berhampiran untuk proses tukar nama.

Setelah pemilik asal selesai buat thumbprint, barulah pemilik baru pula yang perlu hadir ke kaunter JPJ untuk proses tukar nama. Ingat, proses ini mesti diselesaikan dalam satu minggu setelah selesai thumbprint pemilik asal. Manakala tempoh sah puspakom pula biasanya 1-2bulan sahaja[boleh rujuk pada surat puspakom].

Dokumen yang perlu dibawa pemilik baru untuk proses tukar nama

  • Geran Asal
  • Kad Pengenalan
  • Surat Puspakom
  • Duit RM100

Setelah sampai di JPJ, seperti biasa pergi ke kaunter pertanyaan beritahu nak ambil geran baru dan owner asal sudah thumbprint. Nanti petugas kaunter akan bagi borang, kena isi selengkapnya. Pastikan bawa dokumen yang diminta diatas, geran asal, ic, duit 100 ringgit dan surat puspakom.

Untuk surat puspakom, jika belum print rasanya tiada masalah sebab memang sudah ada dalam sistem JPJ. Tetapi pastikan ada dalam telefon untuk ditunjukkan apabila diminta.

Untuk bayaran selain RM100, sediakan jugak duit kecil, mungkin ada juga cas lain 2,3 ringgit. Setelah selesai, maka keluarlah geran baru atas nama pemilik baru. Selesai sahaja thumbprint, maka terbatal LKM[RoadTax] lama. Owner baru kena ambil insuran baru atas nama sendiri seterusnya baru boleh buat roadtax.

Buat Insuran Kereta Dan Roadtax Baru

Jika ikut langkah-langkah yang diberitahu dalam fb JPJ, mereka menasihatkan supaya ambil dulu insuran kenderaan atas nama pemilik baru sebelum proses tukar nama. Ini untuk memudahkan pemilik baru supaya tidak perlu ke JPJ sekali lagi untuk buat LKM[Road tax]. Kira sekali jalan semasa nak ambil geran baru tu terus boleh buat roadtax.

Tetapi bagi saya urusan insuran dan roadtax boleh diuruskan oleh kedai insuran sehingga siap. Rasanya mereka tidak kenakan cas lain walaupun semua diuruskan termasuk ke JPJ untuk buat Roadtax. Owner cuma perlu bagi detail dan sediakan duit secukupnya.

Proses Tukar Nama Kenderaan Secara Online

Proses tukar nama secara online memang boleh dilakukan biasanya melalui Myeg. Mereka akan datang ke tempat kita untuk uruskan proses tersebut termasuk thumbprint. Jadi pemilik asal dan pemilik baru kenderaan tidak perlu ke pejabat JPJ untuk menukar nama kenderaan.

Runner Myeg akan uruskan dari awal hingga pemilik baru mendapat geran. Cara ini memang menjimatkan masa dan tenaga, namun kos yang dikenakan sesetengah dari mereka juga agak tinggi.

Saya pernah tanya seorang runner Myeg, kerana beliau memang menyediakan perkhidmatan tersebut. Beliau meminta saya sediakan RM280 untuk semua sekali sehingga keluar geran, itu pun owner asal dan pemilik baru mesti berada ditempat yang sama.

Ini kerana mereka akan kira jumlah tersebut bergantung kepada jarak nak ke tempat owner asal dan owner baru, kos minyak dan sebagainya. Jika masing² berada ditempat berlainan dan jauh, maka caj yang dikenakan lebih tinggi.

Bagi saya kalau uruskan sendiri, kos yang perlu dikeluarkan jauh lebih jimat. Bayaran sebenar di JPJ hanya RM100 sahaja untuk proses tersebut. Lebih baik belajar buat sendiri, selain menjimatkan, dapat juga pengalaman.

Ramai yang menganggap proses tukar nama di JPJ rumit, tapi sebenarnya tidak rumit jika kita tahu caranya. Yang menjadikan rumit disebabkan tidak tahu nak mula dari mana kerana tiada pengalaman, ditambah pula tak nak bertanya.

Sekarang semuanya online, kalau nak dibandingkan dengan prosedur lama, memang jauh beza. Semoga info ini memberi manfaat terutamanya kepada mereka yang berniat untuk menggunakan khidmat runner, sedangkan lebih berbaloi uruskan sendiri.

3 thoughts on “Proses Tukar Nama Kenderaan Di JPJ (2 Step Sahaja)”

Leave a Comment