Rahsia Perniagaan Santan Segar Laris

Santan termasuk dalam barang keperluan asas untuk kegunaan harian memasak. Santan menjadi suatu bahan wajib terutamanya bagi suri rumah dan kedai-kedai makan. Bagi saya perniagaan santan segar tidak susah untuk mendapatkan pelanggan walaupun kedai tersorok dihujung kampung.

Di Malaysia, apabila tiba musim perayaan bekalan kelapa akan terputus disebabkan permintaan santan segar yang sangat tinggi. Rakyat Malaysia sangat gemar makanan berlemak seperti gulai kari, kuih-muih dan ada juga dalam minuman seperti air cendol.

Kelapa Kampung

Biasanya Malaysia akan mengimport kelapa dari negara luar seperti indonesia dan thailand. Namun ramai pengusaha santan lebih memilih kelapa kampung diberi pilihan kerana kualiti kelapa kampung lebih baik dari kelapa luar.

Kandungan:
Pengalaman Buat Bisnes Santan Segar
Cara Dapatkan Pelanggan Tetap Santan Dari Kalangan Peniaga
Rahsia Menghasilkan Santan Berkualiti
Masalah-masalah Dalam Pemprosesan Santan Kelapa

Dari segi harga juga berbeza, misalnya untuk hari-hari biasa, kelapa kampung biasanya sedikit lebih mahal dari kelapa indonesia. Contoh kelapa indonesia rm1.5 sebiji manakala kelapa kampung mungkin rm1.6-rm1.8 sebiji. Namun, apabila tiba musim perayaan harga kelapa akan naik mendadak oleh kerana permintaan yang tinggi dan bekalan tidak mencukupi.

Pengalaman Buat Bisnes Santan Segar

Saya ada pengalaman beberapa tahun dalam perniagaan santan segar sejak tahun 2018 lalu. Pada saya, perniagaan santan segar antara bisnes yang tidak lapuk ditelan zaman. Ini kerana santan adalah barang keperluan harian yang penting dalam masakan.

Saya bermula dengan modal lebih kurang 5 ribu sahaja dengan membeli mesin perah second hand dengan harga RM2600 kalau tak silap. Seterusnya mesin parut kelapa jenama Bravo yang baru masa tu harganya RM1600. Dan barang lain dianggarkan RM5000 keseluruhan.

Perniagaan santan akan mula seronok apabila dapat ikat kerjasama dengan kedai-kedai makan dan restoran.

Macamana Untuk Dapatkan Pelanggan Tetap Santan Dari Kalangan Peniaga?

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam menghadapi cabaran dalam perniagaan santan kelapa.

Set dalam fikiran, “semua kedai makan dan restoran sentiasa mencari santan terbaik walaupun mereka sudah ada pembekal tetap”. Saya tidak bermaksud kita kena tutup periuk nasi orang dengan menawarkan produk kita kepada pelanggan pesaing kita.

Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah dengan menaikkan kualiti santan kita berbanding santan pesaing-pesaing yang berdekatan. Ingat, jangan sesekali bermain harga dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah untuk mendapatkan pelanggan, kerana itu sudah dikira menganiaya pesaing kita.

Baca Ini Juga : 3 Jenis Mesin Untuk Memulakan Bisnes Santan

Rahsia Menghasilkan Santan Berkualiti

Guna Kelapa Kampung

Kenapa perlu kelapa kampung?, kelapa kampung biasanya lebih bagus kualitinya, lebih pekat dan kurang rosak. Lagi satu, kelapa kampung biasanya datang sekali yang muda, itu yang membuat santan menjadi pekat dan putih.

Bukan bermakna kelapa Indonesia tidak bagus, tetapi sesetengan kelapa dari sana ambil masa yang lama untuk sampai kepada kita, jadi kualiti mungkin berubah disebabkan kelapa lama. Tetapi jangan terlalu sombong, apabila tiba musim perayaan mungkin kita juga terpaksa ambil kelapa indonesia kerana bekalan kelapa kampung tidak mencukupi.

Boleh guna kelapa indonesia, syaratnya kena hati-hati kerana jumlah yang rosak lebih banyak berbanding kelapa kampung. Biasanya bahagian belakang isi kelapa akan rosak dahulu walaupun airnya belum masam. Jadi, kita perlu potong dan buang bahagian yang rosak tersebut.

Jangan Campur Air Atau Tepung

Ingat, jangan sesekali campur air untuk banyakkan santan. Apabila campur air, santan akan semakin cair dan kualiti santan terjejas. Contoh santan asli yang dibekukan, apabila dikeluarkan dari freezer, ia masih kekal cantik dan mudah dicairkan. Tetapi jika santan yang dicampur air, air akan mendap dibawah dan santan nampak tidak asli dan beku keras seperti air batu.

Jika kualiti tidak dijaga, kita mungkin sukar untuk mendapatkan pelanggan tetap kerana santan kita tidak berbeza dengan kedai lain atau lebih teruk. Jika mereka tahu santan kita asli, mereka akan bercerita sesama sendiri, biasa lah makcik-makcik ni bila bercakap heboh satu kampung, dari situ kita akan dikenali dengan santan yang berkualiti. Benda ni berlaku kepada perniagaan saya.

Guna air mungkin biasa kita dengan, tetapi sesetengah pengusaha santan ada juga yang menggunakan tepung. Tepung digunakan untuk memekatkan santan yang telah dicampur air. Mereka campur air tetapi nak santan kelihatan pekat, jadi mereka tambah tepung. Tepung yang digunakan juga bukan sebarang tepung, ada sejenis tepung yang dipanggil (tepung_____), maaf sy lupa namanya. Hahaha.

Ada seorang makcik mengadu dia membeli santan beku disebuah kedai, katanya santan tersebut bergetah macam dicampur tepung. Saya rasa mungkin semasa belum dibekukan ia nampak elok dan pekat, tetapi apabila beku, jelas nampak perbezaan.

Gunakan Penapis Jaring Halus Untuk Tapisan Kedua

Penapis ni macam penapis kain yang kita buat tapis serbuk teh, tetapi rasanya bukan kain. Penapis ni untuk tapisan kedua atau tapisan terakhir. Santan akan lebih bersih, warna santan lebih putih dan sangat kurang habuk, hampir tidak kelihatan. Memang nampak jauh berbeza berbanding hanya sekali tapis menggunakan penapis kasar, lagi-lagi apabila santan tersebut dibekukan.

Penapis santan untuk tapisan terakhir

Guna penapis halus ni memang jarang peniaga guna mungkin akan melambatkan proses. Tetapi kerana ini jugalah santan saya berbeza dengan santan pesaing-pesaing saya yang lain. Benda ni nampak biasa, tetapi ia menunjukkan peniaga sangat cermat dan bersih.

Untuk membuat nasi dagang, pulut kuning, kuih berkuah, mereka akan mencari santan yang bersih seperti ini. Ada juga peniaga kedai makan yang jenis cermat, mereka sangat menjaga kualiti masakan.

Masalah-masalah Dalam Pemprosesan Santan Kelapa

Masalah yang biasa dihadapi dalam proses menghasilkan santan segar kelapa. Saya bukan nak bercerita dari segi mesin rosak dan sebagainya, ini bukan kesilapan kita sebenarnya tetapi biasanya mesti kita akan lalui masalah seperti ini. Lihat gambar-gambar dibawah sebelum baca yang selanjutnya.

Isi Kelapa Rosak Bahagian Belakang

Situasi seperti ini biasa berlaku kepada kelapa indonesia dan kelapa kampung yang muda dan dibiarkan beberapa hari. Jika airnya belum masam, kelapa masih boleh digunakan cuma perlu buang bahagian rosak(berlendir).

Air Kelihatan Dibahagian Bawah

Masalah air ni tidak pelik jika kita campur air, tetapi dalam sesetengah kes ia juga berlaku walaupun tidak campur air. Situasi ini sukar juga nak elak, mungkin disebabkan kelapa yang terlalu lama walaupun tidak masam tetapi air yang ada dalam buah kelapa mula masuk sampai kedalam isi dan menyebabkan santan kelihatan seolah-olah dicampur air.

Kebanyakan berlaku pada kelapa indonesia, mungkin disebabkan tempoh penghantaran yang lama dari Indonesia untuk sampai kepada kita menyebabkan kelapa mula rosak. Kebanyakan pelanggan akan syak peniaga campur air padahal tidak sama sekali. Walaupun kita jelaskan, mungkin mereka sukar mempercayai.

Diharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pengusaha-pengusaha santan segar kelapa, terutamanya untuk mereka yang baru nak mula.

19 thoughts on “Rahsia Perniagaan Santan Segar Laris”

  1. Saya baru mencuba bisnes santan segar. Saya nak tanya klu santan bertukar menjadi seakan jeli ape ye masalah sebenar? Adakah kelapa yg digunakan tidak cukup tua atau ade mslh lain.. Saya tidak campur tepung langsung dlm santan tu. Bingung memikirkan nya..

    Reply
    • kalau jeli tp tak masam xpela..kalo masam masalah kelapa..biasanya jd jeli sbb dh nak masam tp blm masam..masalah kelapa, @ mesin basuh xcukup bersih..celah mata, kena pakai mata pisau cukur, patahkn 2..kikis..ada waterjet lg bagus..

      Reply
  2. saya pon mencari bisnis kalis peluru…eh silap, kalis eknomi.. terima kasih tuan. nak personal coaching ngan tuan. Tentang harga jualan macam mana tuan buat. Terima kasih

    Reply
  3. Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu.Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan tuan.Saya juga berminat dalam bisnes santan ni dan bercadang nak buka satu di masa hadapan.inshaAllah..

    Reply
    • Teruskan tuan”Saya Sokong Hasrat Tuan !!! Nak ceritasikit:saya Salah satu Peniaga Santan /. bermul sy folo ayh sy dari form1 tahun 2000 hingga sekarang 34tahun 2022. ( alhmdlah best hasilnya !! Akhirnya Jadi Kerjaya saya ) Hasilnya Lumayan , Janji Sentiasa Jga Kbersihan Yg AMAT2 sangat, sbb proses kerja ni Comot!!!! Ini Kunci Kejayaan Saya / sentiasa teliti kesemua peralatan dan Machine Di Basuh dgn sesuci sucinya

      Reply
  4. Tuan sy bercadang utk belajar berniaga santan.. Mohon utk tuan berikan pandangan dan nasihat. Sy berada di kedah sungai petani/kuala ketil.

    Masalah sy risau mcm sukar nak dapatkan pelanggan disebabkan ramai yg org sekarang memilih santan kotak..

    2. Mcm mna nak dapatkan kelapa dari negeri sendiri.. Sebb sy x tahu dan baru nak mulakan.

    Mohon en kongiskan pengalaman dan cara utk dapatkan maklumat.

    Ni no sy 0132001926
    Mohon en maklumkan pada sy.

    Reply
  5. salam tuan, saya baru mula berniaga santan tapi sekarang saya buat yang beku dulu. Saya cadang nak buka kedai tapi saya takut tiada pelanggan. Boleh saya dapat kan tuan punya nombor untuk saya contact? saya ingin bertanya beberapa soalan. Terima kasih tuan.

    Reply

Leave a Comment