Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Pembentangan bajet 2022 di dewan rakyat pada 29 Oktober 2021 oleh Menteri Kewangan Malaysia Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memperuntukkan sejumlah 8.2 bilion ringgit menerusi Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022. Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 dan kemaskini boleh dibuat melalui portal yang akan disediakan.

Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Penerima BKM yang layak seramai 9.6 juta dan telah melebihi penerima Bantuan Prihatin Rahyat BPR tahun 2021. Perbelanjaan ini bertujuan untuk membantu kelansungan hidup rakyat yang betul-betul terkesan dengan strategi “memulih kehidupan dan mata pencarian”.

Kandungan:
Jumlah Bantuan BKM 2022
Bantuan BKM Ibu Tunggal
Bantuan BKM Kategori Bujang
Permohonan Baru BKM 2022

Terdapat pertambahan jumlah penerima bantuan kali ini tahun 2022 menerusi BKM iaitu lebih 1juta orang berbanding jumlah penerima BPR 2021. Ini membuktikan pihak kerajaan berjaya menambahbaik pengurusan soal kebajikan rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Lebih bermakna, Bajet 2022 dirangka setelah 80 sesi sumbang saran
bersama ahli-ahli Yang Berhormat merentasi doktrin politik, tak kira Kerajaan
mahupun Pembangkang. Kita semua telah bermusyawarah, bertukar-tukar
pandangan dan sama-sama memikir kemaslahatan negara.”

budget.mof.gov.my/

Bantuan kali ini ditambahbaik hasil perbincangan pihak kementerian dan cadangan dari orang ramai yang meminta bantuan dinaikkan. Kerajaan akan memastikan golongan yang layak menerima bantuan diberi tumpuan yang lebih untuk mengelak dari tercicir.

Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Terdapat pelbagai kategori yang disenaraikan untuk menerima bantuan keluarga malaysia BKM 2022 antaranya, Untuk isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan akan mendapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM2000. Manakala bagi isi rumah yang berpendapatan kurang 2500 ringgit dan mempunyai sehingga 2 orang anak akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM1500.

Bagi pasangan berkahwin yang berpendapatan kurang RM2500 sebulan dan tidak mempunyai anak, bantuan BKM yang akan mereka terima sebanyak RM1000.

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia BKM untuk Ibu Tunggal dan Bapa Tunggal

Tidak lupa golongan ibu tunggal dan bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan yang perlu disara, mereka akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM500. Ini bermakna jumlah keseluruhan bantuan kewangan BKM yang akan diterima oleh ibu tunggal dan bapa tunggal ialah sehingga RM2500 bagi yang mempunyai tanggungan 3 orang keatas yang berpendapatan bulanan sehingga RM5000 kebawah.

Kerajaan juga akan memberikan bantuan tambahan RM300 untuk warga emas. Selain itu, banyak lagi bantuan lain untuk warga emas yang ditambah baik contohnya menerusi Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dengan sejumlah 2.4 bilion ringgit diperuntukkan.

Bantuan BKM 2022 Untuk Kategori Bujang

Tidak semuanya diumumkan didalam pembentangan bajet 2022 di dewan rakyat tempoh hari. Namun, Bantuan BKM untuk Kategori Bujang memang ada didalam senarai cuma tidak dibentangkan sahaja. Sebenarnya banyak lagi bantuan-bantuan lain yang disediakan dan tidak dapat dibentangkan kesemuanya secara terperinci disebabkan faktor masa.

Tidak lupa untuk golongan bujang yang berpendapatan kurang dari RM2500, mereka juga memerlukan kewangan sokongan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagi kategori bujang, kerajaan akan memberikan RM350 setiap seorang bagi yang layak.

Manakala untuk bantuan warga emas bujang atau mereka yang tiada pasangan akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 bagi yang berpendapatan RM5000 dan kebawah.

Jadual Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 mungkin akan dibayar dalam beberapa fasa iaitu BKM fasa 1, BKM fasa 2, BKM fasa 3, seperti bantuan sebelum ini antaranya BPN, BPR, BSH, dan lain-lain yang dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022

Permohonan BKM 2022 tidak perlu dibuat bagi penerima BPR 2021 dan penerima BKC 2021 kerana rekod data mereka secara automatik akan dipindahkan kepada BKM 2022. Begitu juga untuk pemohon yang telah membuat permohonan BPR 2021 tetapi gagal atas sebab penerima GKP, data mereka juga akan dibawa kedalam rekod BKM 2022.

Permohonan Baru Dan Kemaskini maklumat BKM 2022

Namun untuk permohonan baru BKM 2022 dan mengemaskini maklumat seperti jumlah anak dan sebagainya, proses tersebut perlu dibuat dalam tarikh @tempoh ditetapkan iaitu antara 1/1/2022 hingga 31/1/2022.

Banyak lagi bantuan-bantuan lain yang disediakan kerajaan termasuk bantuan untuk anak- anak yatim dan difokuskan juga anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat virus ini. Kerajaan sentiasa peka dalam hal kebajikan anak-anak yatim dan sentiasa ada bantuan untuk mereka.

Tahun 2022, kerajaan menyediakan sebanyak 25 juta ringgit bantuan untuk anak-anak yatim menerusi Yayasan Keluarga Malaysia termasuk dari segi pendidikan. Selain itu, sumbangan dari sektor swasta juga digalakkan sama-sama menghulurkan bantuan untuk meringankan beban dan memberi sinar dalam kehidupan anak-anak ini.

Carian Berkaitan:

  • permohonan bantuan keluarga malaysia
  • bantuan keluarga malaysia daftar
  • bantuan keluarga malaysia mohon
  • bantuan keluarga malaysia bujang
  • bantuan keluarga malaysia warga emas
  • permohonan bantuan keluarga malaysia 2022
  • bantuan keluarga malaysia bujang 2022

Semua carian ini ada dalam kandungan diatas.

Sumber: budget.mof, bantuanrakyat

2 thoughts on “Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022”

Leave a Comment