Pemilihan perkhidmatan kurier penghantaran barang sangat penting terutamanya bagi perniagaan e-commerce dan peniaga online. Kelemahan dalam pengurusan sesebuah kurier menyebabkan pelanggan terpaksa berpindah ke syarikat kurier lain yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.
Saya yang juga sebagai peniaga online memang sentiasa memilih perkhidmatan kurier terbaik terutamanya dari segi pengurusan, layanan dan soal penjimatan.
Kandungan: Daftar SendParcel Cara Guna SendParcel[Video Tutorial] Harga Postage SendParcel
Beberapa tahun terlibat dalam dunia perniagaan, bermacam-macam pengalaman dari pelbagai jenis syarikat kurier. Antaranya Pos Laju, J&t Express, Ninja Van, Best Express, SkyNet, City-link, dan lain-lain lagi.
Kesemua syarikat kurier tersebut mungkin ada kelebihan yang sama seperti mampu membuat penghantaran cepat ke seluruh negara. Namun, sistem pengurusan tidak semestinya sama, walaupun mempunyai tujuan yang sama.
Jika dilihat dari segi harga, itu pun sudah nampak perberbezaannya. Bagaimana pula dari segi jadual penghantaran, jaminan, kecekapan, layanan dan lain-lain.
Ada juga yang menawarkan insuran, bermakna jika berlaku kehilangan barang syarikat kurier akan membayar sebagai ganti rugi. Namun, ada juga yang tidak diletakkan sebagai insuran tetapi menjanjikan ganti rugi akan dibayar, dan bermacam lagi yang ditawarkan syarikat kurier untuk menarik pelanggan menggunakan perkhidmatan mereka.
Daftar SendParcel
Sebenarnya saya antara yang lewat tahu berkenaan SendParcel ni, rupa-rupanya sangat banyak kelebihan yang kita boleh dapat dengan menggunakan perkhidmatan dengan SendParcel by Pos Laju.
Sebelum ni saya memang tercari-cari kurier yang boleh datang ambil barang dari rumah atau tempat kerja memandangkan saya seorang yang agak sibuk dan suka melakukan kerja last minute. Kadang2 dah nak gerak pergi pos baru kelam kabut nak seal barang takut terlepas lori.
Terpaksa tutup kedai awal walaupun kerja belum siap, semata-mata nak pergi pos barang pelanggan, maklumlah kerja sendiri dan tiada pekerja. Masa untuk siapkan kerja harian pun tidak cukup, apatah lagi nak kena keluar uruskan postage.
Penghantaran Barang Guna SendParcel Ke Luar Negara[International]
Ya, Pos Laju SendParcel juga menyediakan perkhidmatan penghantaran barang ke luar negara menerusi EMS dan Air Parcel.
Memang ada kurier yang baik hati menawarkan perkhidmatan pickup barang dan saya pernah menggunakan cara tersebut. Apa yang saya fikir itu cuma cara untuk menarik pelanggan dan mungkin juga ihsan dari pihak pengurusan cawangan dan bukannya perkhidmatan yang disediakan dari syarikat kurier tersebut.
Sampaikan nak minta mereka datang ambil pun jadi segan dan rasa bersalah, macam mengganggu kerja mereka. Lagi-lagi kena whatsapp atau call untuk minta mereka datang pickup barang.
Tetapi berbeza di SendParcel, memang itu perkhidmatan yang syarikat sediakan dan semuanya dalam sistem. Dari pendaftaran, detail pengirim dan penerima, insuran, pickup atau drop off, pembayaran dan lain-lain, semuanya 100% berlaku dalam sistem.
Cara Menggunakan SendParcel By Pos Laju
Di SendParcel, kita tak perlu nak hubungi brother runner untuk datang pickup, tetapi mereka sendiri akan datang setelah menerima order tersebut didalam sistem. Pengirim cuma perlu siapkan bungkusan yang nak dihantar bersama detail yang diperlukan, print dan tampal pada parcel berserta salinan dan serahkan kepada abg posmen semasa datang pickup.
Selain itu, SendParcel ada pilihan “insurans” dengan hanya RM1 kita boleh dapat perlindungan barang sehingga RM1000. Jadi boleh pilih samada nak ambil atau tidak. Jika barang yang dikirim bernilai tinggi, elok ambil insurans sebagai persediaan mana tahu berlaku sesuatu yang menyebabkan barang rosak atau hilang, lagipun RM1 jer.
Kadar Harga Postage SendParcel Poslaju
Bab ni cukup menarik, saya difahamkan harga postage SendParcel sangat berbaloi walaupun mereka datang pickup. Selain itu, banyak promosi menarik seperti yang sedang berlangsung sekarang, hanya RM5 untuk penghantaran seberat 5KG sehingga 31 disember 2021. Mana nak dapat harga postage barang 5kg dengan harga RM5.
Kaedah pembayaran menggunakan SendParcel juga cukup mudah hanya dengan topup wallet dalam akaun SendParcel kita dan buat bayaran dengan pantas. Jadi, boleh dikatakan semuanya dalam sistem dari A-Z.
Bagi saya ini adalah cara yang paling cekap dan efisyen, sesuai dengan perkembangan teknologi dan situasi sekarang.
1 thought on “SendParcel Pos Laju: Pickup Atau Drop Off”