Jalur Gemilang merupakan nama bendera Malaysia, bendera yang menjadi lambang kebanggaan negara. Ada yang tertanya-tanya siapakah pencipta bendera malaysia ?
Zaman persekolahan yang sudah lama ditinggalkan, rasa rindu yang teramat dalam, kemeriahan bersama kawan-kawan apabila tiba bulan kemerdekaan. Mesti ada sambutan hari merdeka, ada pertandingan melukis bendera, menghias basikal, dan sebagainya.
Waktu menulis artikel ini suasana dingin, hujan tengah lebat diluar. Terbayang saat-saat negara dijajah, disiksa terutamanya zaman komunis dan jajahan jepun. Demi masa depan negara, demi masa depan anak-anak, banyak berlaku tumpahan darah, pengorbanan untuk nak capai suasana seperti yang sedang kita nikmati sekarang.
Baca Juga: Asal Usul Selipar Jepun
Siapakah Pencipta Bendera Malaysia ?
Kalau bincang pasal sejarah kemerdekaan, mesti ingat nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, merupakan bapa kemerdekaan. Saat menyambut hari merdeka, bendera dikibarkan di seluruh negara. Namun tak ramai yang bertanya siapa cipta bendera malaysia, setahu saya kerajaan lah yang cipta.
Pada 1948, masa ni negara belum merdeka dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu baru nak ditubuhkan. Diadakan pertandingan mencipta bendera untuk negara bagi menggantikan bendera Malayan Union.
Dalam kesemua penyertaan, hanya 3 rekaan dipilih dan satu sahaja pemenang. Masa tu 11 jalur sahaja melambangkan jumlah negeri, kesemua mempunyai maksud yang tersirat termasuk bulan dan bintang. Pada 1962 jalur ditambah menjadi 14 setelah kemasukan sabah, sarawak dan singapura.
Seorang bekas arkitek Jabatan Kerja Raya dari Johor, Mohamed bin Hamzah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan benderanya dipilih sebagai bendera negara Persekutuan Tanah Melayu. Bayangkan dari 373 penyertaan, rekaan beliau menjadi pilihan dan dikibarkan sehingga kini walaupun beliau sudah tiada.
Sedikit Info Allahyarham Mohamed Bin Hamzah
Dilahirkan pada 5 Mac 1918 di Hospital Kandang Kerbau , Singapura, Negeri-negeri Selat. Allahyarham meninggal dunia pada 19 Februari 1993 pada usia 74 tahun di Kuala Lumpur, Malaysia.
Bapa beliau seorang berketurunan cina Hamzah bin Abdullah dan dibesarkan sebagai seorang muslim. Manakala, Aminah binti Haji Tahir ibu beliau berketurunan india muslim dari Melaka.
Semasa perang dunia kedua, beliau telah menyertai Askar Sukarelawan Johor pada 1939 kerapa pada ketika itu kerajaan Johor mewajibkan semua kakitangan lelaki untuk menyertai tentera. Beliau menggalas tanggungjawab besar setelah ditugaskan dalam Pasukan Machine Gun Coy.
Jelas menunjukkan Mohamed Bin Hamzah seorang yang berjiwa pahlawan dan dari pengalaman, berjaya menzahirkan melalui rekaan bendera negara Persekutuan Tanah Melayu.
Jadi, inilah asal usul bendera malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat dan negara. Diharap perkongsian ini bermanfaat dan menjadi rujukan untuk semua. Mohon maaf jika ada kesilapan, sila komen dan share.
Sumber: wikipedia, mkn