Simkad Tone Wow: Pengalaman Guna Simkad Tone Wow Lebih 1 Tahun

Rangkaian telekomunikasi di Malaysia makin hari makin bertambah, banyak yang dah gulung tikar disebabkan pelbagai faktor. Simkad Tone Wow setakat hampir 4 tahun [kalau tak silap] hingga sekarang nampak masih lagi kukuh.

Ramai lagi yang tak perasan sebenarnya simkad tone wow ni sebenarnya dimiliki oleh syarikat Tone Group. Sebelum ini pernah bekerjasama dengan tunetalk kira-kira lebih 10 tahun yang lalu, masa tu simkad tone excel.

Masa bersama tunetalk, simkad tone excel ni kira guna rangkaian celcom sebab tunetalk kan guna celcom. Untuk simkad tone wow, kali ni tone group tidak lagi bekerjasama dengan tunetalk, malah mereka bekerjasama terus dengan digi. Jadi simkad tone wow sekarang guna line digi[rangkaian digi].

Itu secara ringkas apa yang saya faham berkenaan penubuhan tone wow dan sedikit sebanyak info syarikat.

Bagus Sangat Ke Simkad Tone Wow Ni? Apa Kelebihan nya…

Nak cakap pasal kelebihan ni, sebenarnya semua simkad ada kelebihan masing-masing. Saya sendiri pernah guna, umobile, maxis, celcom, digi dan semua ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Namun, apa yang buat orang tertarik dengan simkad tone wow disebabkan beberapa faktor, antaranya:

  • Data Berkelajuan Tinggi Tanpa Sekatan
  • Jumlah Data Dinyatakan Jelas[Telus]
  • Hotspot Tanpa Limit[Data&user)
  • Data Boleh Dibawa Kedepan[Carry Forward]
  • Peluang Jana Income Dengan Modal Kecil
  • Ada Khairat Kematian Untuk Pengguna
  • Ada Mata Ganjaran Topup Terkumpul

Itulah beberapa kelebihan yang ada pada simkad tone wow secara ringkasnya. Sebenarnya banyak lagi kelebihan lain yang ada pada sim tone wow ni jika dikupas satu persatu.

Contoh data berkelajuan tinggi tone wow, limit kelajuan dibuka seluas-luasnya. Bermakna, jika kawasan tersebut coverage nya kuat, line tone wow akan laju yang amat. Lagi2 gabungan antara celcom dan digi akan menguatkn lagi rangkaian, GUNAKAN TANPA WAS-WAS.

Simkad Tone Wow Menggunakan Line Digi Dan Topup Digi

Tidak seperti sesetengah telco, cakap data berkelajuan tinggi tapi tetap dihadkan mbps nya. Contoh kawasan tersebut kelajuan boleh pergi sampai 100mbps, jika telco tersebut hanya hadkan 3mbps sahaja, maka ia takkan pergi lebih dari itu walaupun kawasan tersebut mampu lebih laju.

Ini kerana pihak penjual telco tersebut tidak sesekali bagitahu pelanggan secara detail apa yang terkandung dalam FUP[Fair Usage Policy]. Pernah ke penjual bacakan kepada pelanggan FUP plan setiap kali kita beli simkad di mana-mana kedai? No..No..No.. Tidak sesekali.

Sama juga “Data Tanpa Had”, dan serendah RM35 sahaja sebulan. Jangan mimpi ya tuan-tuan dan puan-puan. Mereka pun nak untung, takkanlah nak bagi free2 data tanpa had.

Ada pengguna yang buat penelitian, rupa-rupanya yang dikatakan “UNLIMITED DATA” sebenarnya ada limit. Bukan sahaja ada limit tapi kelajuan juga telah dihadkan.

Simkad Tone Wow Tiada Dalam Kelompok Ni Ye Tuan-Tuan

Semua plan tone wow “Tiada Unlimited Data”. Itu yang dimaksudkan syarikat yang TELUS. Lagipula, plan yang ditawarkan tone wow sangat berbaloi.

Saya taknak cerita pasal plan tone wow kat sini, takut nanti ada yang silap, maklumlah saya kurang ambil tahu plan-plan terkini tone wow. Setakat ni saya masih kekal dengan plan TDS50, data 89GB cukup untuk penggunaan sebulan saya sebagai blogger.

Harga Simkad RM10 Sahaja

Berminat Buat Bisnes Simkad Tone Wow?

Ok bab ni saya suka, kalau nak dibandingkan dengan bisnes telco lain seperti onexox, tunetalk Halo telco, memang saya lebih yakin dengan tone wow. Ikut kepada pengalaman syarikat, tone group[pemilik tone wow] berpengalaman membayar komisyen kepada dealer lebih dari 10 tahun tanpa gagal, dari simkad tone excel hingga sekarang simkad tone wow.

Kelebihan Jadi Dealer Simkad Tone Wow

Kenapa buat bisnes telco?

Cuba tuan2/puan2 fikir, berapa lama kita pakai henfon? sampai bila2 selagi hidup, Insyaallah kita akan pakai henfon dan terus topup, begitu juga orang lain. Jual simkad ni tak perlu servis tau, kita jual dan mereka topup di kedai2, 7E, pasaraya, secara online, bukan beli dengan kita ye, tapi komisyen kita dapat.

Kenapa Pilih Tone Wow?

  • Modal Rendah
  • Boleh Kekal Nombor Lama
  • Bonus Sehingga 26%
  • Pendapatan Boleh Diwarisi
  • Percutian/umrah Percuma

Ada yang cakap susah nak menjual, nanti orang reject. Itulah adab berniaga, jual tudung pun sama juga tak semua orang beli tudung dengan kita.

Mana nak cari bisnes yang boleh diwarisi pendapatannya walaupun dah meninggal. Bekal inilah kita tinggalkan untuk isteri dan anak-anak, pendapatan pasif setiap bulan[setiap 21hb] tanpa henti.

Ada yang cakap malu nak menjual, kalau secara online boleh la orang tak nampak. Kenapa banyak sangat alasan, kata nak berjaya.

NAH!! buka link ni >> https://bit.ly/3iJ0dXq, tak perlu menjual, share jer link dan office semua urus 100%, kita tunggu komisyen masuk je, boleh ke boleh??

Sekian dulu, semoga bermanfaat..

1 thought on “Simkad Tone Wow: Pengalaman Guna Simkad Tone Wow Lebih 1 Tahun”

Leave a Comment