Cara Buka Akaun Bank Syarikat Di CIMB Secara Online

Dalam apa-apa perniagaan yang berdaftar dengan ssm, sangatlah rugi jika tiada akaun bank syarikat. Akaun bank syarikat digunakan untuk segala transaksi yang melibatkan perniagaan yang dijalankan.

Walaupun perniagaan yang dijalankan hanya secara kecil-kecilan, namun tak salah kalau ada akaun bank syarikat. Sebenarnya akaun bank syarikat ni sangat penting terutamanya yang melibatkan urusan perniagaan dalam talian(online).

Rekod transaksi ini penting dan boleh digunakan tujuan-tujuan penting, sebagai contoh untuk membuat pinjaman bank. Rekod transaksi wang keluar masuk tersimpan dengan selamat disitu dan menjadi bukti kukuh perniagaan yang dijalankan.

Selalunya bank-bank yang dipilih seperti Maybank dan Cimb. Kedua-dua bank-bank ini biasanya menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia terutamanya kepada peniaga online. Mungkin disebabkan bank tersebut mudah didapati dimana-mana bandar atau pekan, malah banyak juga di stesen-stesen minyak.

Baca Ini juga >> Buka Akaun Bank Syarikat Di OCBC Hanya RM500 Deposit

2 Langkah Mudah Buka Akaun Bank Perniagaan CIMB

1.Lengkapkan borang permohonan secara online bermula pada 8:30 pagi hingga 6 petang hari bekerja isnin hingga jumaat sahaja. Selain dari waktu yang dinyatakan, pautan borang tersebut tidak dapat dibuka.

2.Kunjungi mana-mana cawangan CIMB untuk tujuan pengesahan dokumen. Pastikan bawa segala dokumen yang diminta dan dokumen sokongan jika perlu.

Proses tersebut tidaklah 100% online, tetap juga kena hadir kecawangan untuk membuat pengesahan. Walaupun begitu, proses akan menjadi singkat kerana butir-butir sudah diberikan semasa mengisi borang. Jadi hanya perlu kecawangan untuk membuat pengesahan sahaja dan selesai, seterusnya boleh terus dapatkan nombor akaun perniagaan. Proses ini termasuk pendaftaran BizChannel@CIMB, iaitu akaun online.

Mungkin akan mengambil masa 1-2 minggu untuk siap kad bank tersebut. Setelah kad siap, wang deposit boleh diambil semula jika perlu. Wang pendahuluan yang diminta adalah syarat untuk buka akaun dan wang tersebut tidak hangus.

Berapa Deposit Permulaan Yang Diperlukan Untuk Buka Akaun Bank Syarikat DI CIMB BANK ?

Jumlah deposit pendahuluan yang diperlukan sebanyak Rm1000 sahaja, dan boleh dikeluarkan semula jika perlu setelah selesai proses kesemuanya. Mungkin akan mengambil msa 1-2 minggu untuk siap sepenuhnya termasuk kad bank.

Sebarang urusan jual beli walaupun secara offline harus direkodkan sebgai bukti perniagaan berjalan. Dengan adanya akaun bank syarikat, jumlah jualan harian boleh dimasukkan kedalam akaun syarikat terlebih dahulu sebelum digunakan untuk tujuan berikutnya. Cara ini digunakan bukan sahaja untuk rekod jualan tetapi sebagai bukti kukuh perniagaan berjalan dengan baik.

Untuk urusan pinjaman perniagaan, transaksi akaun bank perniagaan boleh digunakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Bukan sahaja di CIMB Bank, malah untuk permohonan pinjaman mana-mana bank lain juga boleh digunakan walaupun menggunakan “statement bank” dari CIMB.

Bukan sahaja untuk tujuan pinjaman, tetapi banyak lagi urusan lain akan menjadi lebih mudah sekiranya ada akaun bank syarikat. Antaranya urusan dengan pembekal, urusan dengan syarikat-syarikat lain atau pelanggan dan pelbagai lagi.

Sumber: cimb

1 thought on “Cara Buka Akaun Bank Syarikat Di CIMB Secara Online”

Leave a Comment